KAMPAR: Ahmad Danish Basyir Nasaruddin,16, tidak menyangka sambutan Aidilfitri tahun ini bersama ibu dan empat adik-beradiknya adalah yang terakhir, apabila lima sekeluarga itu terkorban dalam nahas di Kampar pagi tadi.
Malah remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.
"Pada mulanya saya tidak percaya, ingatkan kakak saudara saya bergurau tetapi apabila guru sekolah saya beritahu, baru saya percaya dan datang ke sini (hospital)," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kampar di sini hari ini.
Beliau yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, berkata kali terakhir bertemu dengan ibunya Azriyani Abdul Latif serta adik-beradiknya adalah pada cuti sekolah sempena Aidilfitri baru-baru ini.
"Semasa (arwah) ibu menghantar ke asrama semula (selepas cuti persekolahan berakhir), ibu pesan jaga diri di asrama, jangan buat masalah. Itulah kali terakhir saya bertemu dan bercakap dengannya.
"Saya selalu tidur sekali dengan adik bongsu (Ahmad Uwais Qorni) apabila pulang ke rumah, saya memang rapat dengannya," kata anak keempat daripada lapan beradik itu.
Tinjauan Bernama mendapati suasana di Unit Forensik diselubungi suasana pilu apabila Ahmad Danish Basyir dan adiknya Siti Nur Khadijah, 14, tidak dapat menahan kesedihan dan ditenangkan ahli keluarga lain.
Dua lagi abang remaja itu ialah Muhammad Ilham, 20, dan Ahmad Hazim Zuhdi, 21.
Ketika kejadian, Azriyani, 45, serta empat lagi anaknya - Ahmad Uwais Qorni, 5, Muhammad Fawwaz, 7, Siti Nur Aminah, 8, dan anak sulung, Muhammad Azib, 23, yang memandu kenderaan itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Kampung Changkat Petai, Tapah Road.
Difahamkan, Azriyani pulang ke rumah ibu bapanya untuk membawa bapanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tapah hari ini namun tidak berkesempatan apabila terkorban dalam kemalangan tersebut.
Lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Proton Saga maut apabila kenderaan tersebut hilang kawalan dan merempuh belakang sebuah treler muatan pasir di KM310. 2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan pada 2.42 pagi tadi.
Azriyani dan tiga anaknya maut di tempat kejadian dan mayat kesemua mangsa dibawa ke Hospital Kampar manakala seorang lagi anaknya Muhammad Fawwaz meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tapah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Ahmad Danish Basyir (dua, kanan) dan Siti Nur Khadijah (tiga, kanan) ditenangkan ahli keluarga ketika menunggu jenazah adik-beradik dan ibu mereka di Unit Forensik Hospital Kampar hari ini. -Bernama
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS jika cipta mata wang baharu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu.
Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
GPI ambil kira kos keretakan rumah tangga, masalah sosial dalam menilai ekonomi negara - Penganalisis
ensyarah Ekonomi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Muhamad Rias K V Zainuddin berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira setiap aspek kehidupan masyarakat termasuk kos keretakan rumah tangga dan masalah sosial dalam menentukan status ekonomi negara. Jelasnya, kos-kos terbabit akan ditolak dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum suatu nilai sebenar ekonomi negara dapat ditentukan. #DialogPoketRakyat
GPI ambil kira kos pencemaran, kerosakan alam tentukan kedudukan sebenar ekonomi negara - Penganalisis
enyelaras Sekretariat Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) Bahagian Utara, Dr. Thanaraj Murudi berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) mengambil kira kos-kos pencemaran dan kerosakan alam dalam penilaian kedudukan sebenar ekonomi negara. Jelasnya, pendekatan ini bagi memastikan tafsiran ekonomi adalah sesuai dengan realiti kehidupan dan kesejahteraan masyarakat. #DialogPoketRakyat
GPI tafsirkan sumbangan suri rumah dalam bentuk kewangan - Penganalisis
Pengerusi Kluster Ekonomi, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Jamal Othman berkata Penunjuk Kemakmuran Tulen (GPI) memberikan gambaran menyeluruh mengenai produktiviti negara dengan mengambil kira aktiviti ekonomi dan selainnya. Contohnya, petunjuk berkenaan menawarkan tafsiran kepada sumbangan suri rumah tidak bekerja dalam bentuk kewangan bagi. #DialogPoketRakyat
Warisan belum buat keputusan gabung parti
Parti Warisan Sabah belum membuat sebarang keputusan untuk bergabung dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Persediaan calon SPM tidak terjejas
Calon-calon SPM yang ditemui AWANI Borneo menyifatkan operasi PPS di sekolah itu tidak menjejaskan proses pembelajaran kerana kelas yang digunakan sebagai kelas tambahan terletak di aras atas.
Kerosakan utiliti & komunikasi di Bintulu sedang dinilai
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang mengemas kini data dan jumlah kerosakan akibat banjir di wilayah itu, terutamanya di kawasan Bintulu.
JKR diarah segera baik pulih jalan raya rosak
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi JPBN memberitahu arahan telah dikeluarkan kepada JKR negeri untuk segera membaik pulih jalan raya terjejas banjir bagi memastikan akses tidak terputus.
Penduduk di perkampungan lereng bukit akan dipindahkan
Penduduk di Perkampungan Lereng Bukit di Bukit Kanada akan dipindahkan ke kawasan baharu, yang akan diumum kelak.
Remaja tidak sangka rai Aidilfitri terakhir bersama ibu dan empat beradik
Remaja berusia 16 tahun itu menyangka panggilan daripada kakak saudaranya yang memberitahu berita malang itu sebagai gurauan sehinggalah diberitahu oleh guru sekolahnya.