KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu mengelak daripada didenda kerana hilang kad pengenalan, seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan palsu mendakwa dia diragut.
Remaja berusia 18 tahun itu mendakwa diragut di Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong, Puchong oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menunggang motosikal semasa berjalan kaki.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A Anbalagan berkata hasil siasatan mendapati remaja tersebut membuat laporan palsu dan pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.
"Remaja tersebut telah dituduh hari ini di Mahkamah Petaling Jaya," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Anbalagan berkata pihaknya menerima 14 kes laporan palsu dengan 12 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada tahun lepas.
Katanya sebanyak tiga kes melibatkan laporan palsu diterima pihaknya tahun ini dengan dua sudah dituduh di mahkamah.
"Kita menasihatkan orang ramai tidak membuat laporan polis palsu dengan mengambil jalan mudah bagi mengelakkan diri daripada dikenakan denda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022
Anbalagan berkata pihaknya menerima 14 kes laporan palsu dengan 12 kes telah didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan pada tahun lepas. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Remaja perempuan tipu diragut elak didenda hilang MyKad
Gara-gara mahu mengelak daripada didenda kerana hilang kad pengenalan, seorang remaja perempuan sanggup membuat laporan palsu mendakwa dia diragut.