Dua remaja lelaki mengaku bersalah atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita yang juga ibu kepada salah seorang remaja berkenaan dalam satu kejadian pada 28 September lepas.
Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan di hadapan Majistret Marutin Pagan di Mahkamah Majistret Kota Samarahan, hari ini.
Pendakwaan terhadap suspek yang masing-masing berusia 15 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau mana mana dua daripadanya.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berkenaan telah mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 43 tahun pada jam 9.15 malam di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 11 November ini sebagai tarikh menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara menunggu tarikh hukuman, kedua-dua remaja itu akan ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti Sarawak.
Pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azhari Yusof manakala kedua dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Turut hadir pada prosiding berkenaan ialah mangsa serta suami dan seorang lagi anak mereka berusia 9 tahun.
Astro Awani
Wed Oct 05 2016
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berkenaan telah mendatangkan kecederaan terhadap wanita berusia 43 tahun pada jam 9.15 malam di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan. - Foto Astro AWANI
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.
Projek Fasa 1 ART Laluan Biru dari Kota Samarahan kini bermula
Kontrak bernilai RM64.3 juta itu melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja lanjutan Depo Rembus untuk Laluan Biru di bawah fasa pertama projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).
Isteri anggota tentera tikam suami hingga maut direman lima hari
Suspek kes tikam anggota tentera direman lima hari sehingga 10 April ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
SOP pengendalian, pengurusan senjata api akan ditambah baik - Timbalan Menteri
Perkara itu akan dilakukan sebaik sahaja Lembaga Siasatan TUDM melengkapkan siasatan.
Kes tembak anggota TUDM: Polis tunggu laporan forensik
Polis sedang menunggu laporan forensik berkaitan insiden tembakan melibatkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban di kem TUDM, Kota Samarahan, 13 Ogos lepas.
Insiden tembakan kem TUDM: 'Nak hidup atau mati' - Suspek
Suspek berpangkat koperal itu masuk lalu mengambil selaras senjata jenis Colt M4 Carbine sebelum mengacukan kepada salah seorang anggota yang sedang bertugas.
Insiden tembakan kem TUDM: Jenazah dua anggota TUDM tiba di rumah mayat HUS
Mayat dua anggota TUDM yang terkoban dalam insiden tembakan di Kota Samarahan selamat tiba di rumah mayat HUS.
Sarawak: Satu kes positif COVID-19 dikesan di Sibu hari ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan pertambahan satu kes positif COVID-19 yang dikesan di Sibu.
Pergi kerja, hadir mesyuarat punca ibu bapa tertinggal anak dalam kereta
Sebanyak enam kes kematian kanak-kanak akibat ditinggalkan di dalam kereta dilaporkan sejak 2018 hingga kini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Selesai jalani kuarantin, pelajar Sarawak lega rindu pada keluarga bakal berakhir
Perjalanan pulang ke kampung halaman oleh penuntut di universiti awam (UA), rata-ratanya mungkin sama malah dilihat lebih mudah apabila terus dapat berjumpa ahli keluarga tersayang.