Seorang remaja maut manakala rakannya cedera ringan selepas motosikal ditunggang mereka berlanggar sesama sendiri di Kilometer 25.2, Lebuhraya Senai-Desaru, dekat sini, tengah malam Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, mangsa Nur Hafizal Mohd Daud, 17, bersama rakannya Mohamad Danise Hakimy Hishammuddein, 17, sedang menunggang motosikal dari arah Ulu Tiram menghala ke Desaru.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nur Hafizal hilang kawalan lalu melanggar motosikal rakannya sebelum merempuh penghadang jalan.
Nur Hafizal yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat Nur Hafizal dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk bedah siasat.
Sementara itu, rakannya Mohamad Danise Hakimy hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Sun May 31 2020

Nur Hafizal yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. -Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Seorang maut, sembilan cedera motosikal berlanggar sesama sendiri
Seorang penunggang motosikal maut manakala sembilan cedera selepas berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di LEKAS arah Seremban di sini pada Isnin.

Seorang maut, 6 cedera motosikal berlanggar sesama sendiri di lebuh raya
Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer (KM) 259.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Seremban, awal pagi Sabtu.

Padah berlumba, dua maut, lima parah berlanggar sesama sendiri
Dalam kejadian jam 2.35 pagi itu, ketujuh-tujuh mangsa cedera parah selepas tercampak di atas jalan raya.

Remaja maut, rakan cedera dalam nahas motosikal di Lebuhraya Senai-Desaru
Kemalangan dipercayai berlaku apabila Nur Hafizal hilang kawalan lalu melanggar motosikal rakannya sebelum merempuh penghadang jalan.