Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat rakannya di Sungai Kerian di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daearah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Nibong Tebal di sini pada 11 malam tadi.
"Lepasan sekolah itu ditahan bagi membantu siasatan polis dan kita percaya dapat memperoleh beberapa petunjuk berhubung kes berkenaan.
"Dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mayat A.Samuel, 18, ditemui di sungai itu setelah ibunya membuat laporan polis selepas beliau tidak pulang ke rumahnya sejak Selasa lepas.
Hasil laporan bedah siasat, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh kerana mayatnya Samuel dipercayai dibelasah hingga mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di sungai berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui tersangkut di pokok Nipah di Sungai Kerian kira-kira 12.40 petang ini.
"Seorang nelayan menghubungi polis dan memaklumkan menemui mayat tersangkut di pokok Nipah dalam keadaan tertiarap.
"Sepasukan anggota kita dihantar ke tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki memakai seluar dan kemeja-t berwarna gelap berada di kawasan tebing sungai berkenaan. Berdasarkan keadaan mayat, ia seperti sudah lama dan telah dimakan oleh biawak," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Bernama
Sun May 04 2014
![Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399111731_295x200.jpg)
SHAFIEN: Remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Nibong Tebal. -Gambar Fail
[TERKINI] Pengumuman KDNK suku tahun kedua 2024
Ikuti sidang media bersama Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin mengenai Keluaran Perangkaan KDNK 2024.
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
AWANI Ringkas: Pelarasan gaji 15-42 peratus untuk penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024
Ikuti Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
[TERKINI] Analisis prestasi ekonomi Malaysia ST2 2024
Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengulas berkenaan prestasi ekonomi Malaysia hasil data KDNK suku kedua tahun 2024.
![Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723783308_EdSheeran.jpg)
Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool
Sheeran telah menjadi tumpuan di Portman Road, setelah menaja kedua-dua baju pasukan lelaki dan wanita sejak tiga musim lalu.
![PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723780499_TengkuRazaleigh.jpg)
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
![Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723782682_AnwarIbrahim.jpg)
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
![Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000 Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714884330_TBAzliMohdNoor.jpg)
Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.
#AWANIRingkas 16 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Ogos 2024
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
![Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-05/51399111731_295x200.jpg)
Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian
Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di Sungai Kerian, Khamis lalu.