GEORGE TOWN: Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Dheper, pelajar peringkat diploma dalam pengajian perniagaan di INTI College Penang, berkata beliau yakin akan berjaya pada pertandingan itu.
"Saya tidak berani mengatakan saya sangat yakin tetapi saya yakin. Saya telah mengikuti diet saya dengan baik kerana saya mempunyai pakar pemakanan peribadi untuk menjaga pengambilan makanan harian saya.
"Saya menjaga kesihatan saya dan telah menerima dos penggalak COVID-19 untuk memastikan saya cergas dan bersedia untuk pertandingan itu," katanya sebelum berlepas ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam.
Pertandingan itu pada mulanya dijadualkan pada 6 Nov lepas tetapi ditangguhkan ke 3 Mac ini susulan pandemik COVID-19.
"Pada mulanya agak tertekan apabila mengetahui penangguhan itu tetapi saya menggunakan tempoh tersebut untuk berlatih berjalan di pentas peragaan serta kemahiran pengucapan awam bagi memastikan saya sudah bersedia untuk pertandingan itu," katanya sambil menambah bahawa beliau hanya dimaklumkan mengenai tarikh baharu pertandingan bulan lepas.
Beliau berkata pertandingan itu adalah platform yang hebat untuknya mempamerkan budaya, tradisi dan keunikan Malaysia yang luar biasa kepada dunia.
"Ia adalah detik yang sangat istimewa bagi saya selepas dicalonkan sebagai seorang daripada finalis Miss Teen Universe 2021. Saya lebih teruja apabila mengetahui bahawa saya akan dapat mewakili negara saya di pentas yang saya akan bersaing dengan rakan negara lain," katanya.
Beliau berharap semua orang akan terus menyokongnya semasa pertandingan akhir dan melawat Instagram Miss Teen Universe (@missteenuniversepageants) untuk mengundinya.
Dheper memakai mahkota pertamanya apabila memenangi Miss Teen International Malaysia 2018/2019 dan sejak itu telah bertanding dalam dua pertandingan antarabangsa, Miss Teen Universe 2019 di New Delhi, India dan Miss Tourism Global City di Guangdong, China tahun ini.
BACA: Miss Teen Universe 2021 ditunda tahun depan
Beliau berjaya mara ke peringkat akhir Miss Teen Universe 2019 dan disenaraikan dalam Top 20 dalam Miss Tourism Global City.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
Dheper berkata beliau yakin akan berjaya pada pertandingan itu. - Foto fail/BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Remaja kelahiran Pulau Pinang azam rangkul gelaran di pertandingan Miss Teen Universe
Remaja kelahiran Pulau Pinang Dheper Reshaa Teh, berazam untuk membanggakan Malaysia dengan memenangi Miss Teen Universe 2021, yang dijadualkan berlangsung pada 3 Mac di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Miss Teen Universe 2021 ditunda tahun depan
Dheper berkata, penangguhan tersebut akan memberinya lebih banyak masa dan peluang untuk membuat persiapan.
Remaja kelahiran P.Pinang finalis Miss Teen Universe 2021
Dheper Reshaa menyasarkan untuk mengetengahkan keindahan Malaysia dan membanggakan negara apabila bersaing dalam pertandingan itu pada 6 Nov.