Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun dipercayai lemas selepas terjatuh dari sebuah bot nelayan kira-kira lima batu nautika berhampiran Pulau Songsong dan Pulau Bunting di Yan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata mangsa dikenali Mohd Khairul Azimi Dillah yang berasal dari Setiu, Terengganu.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.58 pagi tadi dan tiba di Jeti Kuala Sungai Udang, Yan pada 11.09 pagi dengan kekuatan sembilan pegawai dan anggota Bomba serta sebuah bot penyelamat.

"Kita bersedia di pesisir pantai sahaja kerana kejadian di luar kawasan bomba. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini