LIPIS: Seorang remaja berhadapan dengan detik cemas apabila cincin besi yang dijadikan aksesori di jari tangannya sukar ditanggalkan.
Tidak tahan menanggung kesakitan, remaja berkenaan, Muhammad Khairul Arffan Abdul Razak, 15, hadir ke Balai Bomba Kuala Lipis bersama penjaganya meminta bantuan anggota bomba menanggalkan cincin besi di jari manis tangan kanannya di sini kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Ketua Balai Bomba Lipis, Haslizan Ramli berkata, anggota bomba dimaklumkan oleh penjaga Muhammad Khairul Arffan mengenai cincin besi itu sukar ditanggalkan di rumah serta meminta pihaknya membantu remaja berkenaan.
"Jari manis mangsa telah membengkak kesan daripada cincin yang sukar ditanggalkan itu berikutan saiz jari membesar.
"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan cincin besi dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini hari ini.
Haslizan menjelaskan, kerja menanggalkan cincin besi dengan peralatan khas dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencederakan jari tangan mangsa berkenaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memastikan anak masing-masing tidak menjadikan cincin besi keras sebagai alat aksesori di jari tangan ataupun sebagai satu permainan di anggota badan yang kemungkinan sukar ditanggalkan dalam tempoh yang panjang.
Ifti Femida
Tue Apr 12 2022
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk menanggalkan cincin besi di jari manis tangan kanan mangsa di Balai Bomba Kuala Lipis. - JBPM
MCMC rakam percakapan ADUN Sungai Burong mengenai hantaran di Facebook
MCMC telah merakam percakapan ADUN Sungai Burong Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin pada 7 Jan lepas, berhubung suatu hantaran palsu mengenai Perdana Menteri.
Israel kenakan sekatan baharu ke atas liputan media
Israel mengenakan sekatan baharu terhadap media yang membuat liputan operasi serangan rejim zionis itu untuk mengelakkan kebocoran tindakan yang menyalahi undang-undang.
Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
UK akan perkenalkan sekatan baharu sasar dalang sindiket penyeludupan manusia
United Kingdom akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi menyekat kemasukan pendatang asing tanpa izin dengan menyasarkan dalang penyeludupan manusia.
Kemiskinan tegar di Kelantan dinoktahkan, lebih 14,000 keluar kategori
Seramai 14,041 ketua isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar di Kelantan tahun lalu.
[TERKINI] Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dihasilkan semula dengan lebih terpirinci untuk mempromosi setiap negeri secara sistematik dan dijangka siap dalam tempoh seminggu.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Wanita dipenjara tiga tahun miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Seorang bekas pegawai pemasaran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.
Terbuka Malaysia: Tang Jie-Ee Wei mara ke suku akhir penuh bergaya
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2025 dengan penuh bergaya.
[TERKINI] MCMC rakam keterangan ADUN Sungai Burong
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin berkaitan hantaran yang didapati palsu dalam platform Facebook mengenai Perdana Menteri.
Remaja cemas cincin tersekat di jari manis
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum berjaya mengeluarkan cincin besi dengan menggunakan peralatan khas.