KULIM: Seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh abang kandungnya di rumah mereka di Taman Mahkota, di sini, minggu lepas.
Remaja berumur 17 tahun itu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabeda kerana pertuduhan membunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh abangnya berusia 21, dengan menikam tepat pada jantungnya di rumah mereka di Taman Mahkota, di sini kira-kira pukul 10.10 pagi pada 7 Ogos lepas.
Mahkamah menetapkan 26 Sept untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang lagi abang tertuduh berusia 26 tahun setelah mengaku bersalah membuat laporan palsu berhubung kejadian itu.
Lelaki itu didakwa membuat laporan bertulis yang diketahui sebagai palsu dengan menyatakan adiknya mati akibat terjatuh di kandang kambing di Balai Polis Kulim kira-kira pukul 12.31 tengah hari pada 7 Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Mohammad Syafiq Safiei manakala peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, K. Kiren Ram mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Seorang remaja didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh abang kandungnya di rumah mereka di Taman Mahkota minggu lepas. -Bernama
PM Australia rombak kabinet menjelang PRU
Albanese menyifatkan perubahan dalam kabinet ini sebagai langkah untuk memastikan kerajaan terus "kuat, bersatu dan stabil" selepas peletakan jawatan Bill Shorten sebagai Menteri Skim Insurans Hilang Upaya Nasional (NDIS) dan Perkhidmatan Kerajaan.
10 Berita Pilihan - (16 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 17 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jimat minyak sambil bantu rakyat Palestin di Gaza
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Iltizam Relief Society, Mohd Shah Sapiei, produk FuelPlus terbukti memberi manfaat kepada pemilik kenderaan dengan menjimatkan penggunaan bahan api serta penjagaan enjin yang lebih baik.
KPDN teliti syor larang warga asing beli minyak masak paket
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi mengekang isu ketirisan minyak masak paket bersubsidi.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk meneliti cadangan untuk melarang warga asing daripada membelinya.
Jabatan Veterinar didakwa tidak siasat aduan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar didakwa tidak menyiasat atau mengambil tindakan ke atas kes-kes penganiayaan haiwan yang dilaporkan.
Gunakan Akta Kebajikan Haiwan 2015 henti penganiayaan
Aktivis kebajikan haiwan mendesak kerajaan untuk memperketatkan penguatkuasaan undang-undang untuk menghentikan penganiyaan ke atas binatang dengan segera.
Tiga tuntutan perhimpunan rakyat benci rasuah termasuk menghentikan gejala rasuah
Menerusi sebuah kenyataan media oleh SRBR pada Khamis, antaranya termasuk tindakan pantas dan tegas terhadap semua kes rasuah melibatkan ahli politik tanpa sebarang pilih kasih.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Najib juga tidak pernah mengesahkan dakwaan pembelian hartanah bernilai jutaan ringgit dan karya seni oleh Jhoe Low adalah bagi pihak Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan, iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi.
KDN pertimbang kuota tambahan untuk pekerja asing sektor kepala sawit
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia mempertimbangkan kelulusan kuota khas pekerja asing khususnya bagi sektor perladangan Kelapa Sawit.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Menteri Dalam Negeri,Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat susulan kekurangan tenaga kerja dalam sektor tersebut, selepas kerajaan membekunya sejak September tahun lepas.
Remaja bawah umur didakwa bunuh abang kandung
Tertuduh didakwa membunuh abangnya berusia 21, dengan menikam tepat pada jantungnya di rumah mereka di Taman Mahkota kira-kira jam 10.10 pagi pada 7 Ogos lepas.
Tempoh reman remaja, teman lelaki disyaki bunuh abang disambung enam hari
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret Taiping, di sini, hari ini.