KUANTAN: Remaja berumur 17 tahun antara 20 individu dipercayai sindiket yang menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian berjaya ditumpaskan.
Kegiatan sekumpulan sindiket itu dikesan hasil daripada pemantauan Bahagian Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bertindak atas maklumat kegiatan 'calling centre'.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, susulan daripada itu serbuan di lakukan di sebuah premis di Genting Highlands, Bentong pada jam 6.30 petang pada 5 Oktober lalu.
"Kita menahan 20 individu terdiri daripada 15 warga tempatan manakala lima lagi warga asing yang menggunakan pas lawatan sosial.
"Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 17 hingga 31 tahun ditangkap dipercayai terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian yang menyasarkan mangsa dari Singapura," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di bilik media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini pada Selasa.
Beliau berkata, sebanyak 19 unit komputer riba, 69 unit telefon bimbit, masing-masing satu keping pasport dan kad akses berserta kunci.
Yahaya menambah, siasatan awal mendapati modus operandi bermula apabila sindiket berkenaan mencari mangsa secara rawak menggunakan aplikasi cari jodoh 'Coffee Meets Bagel Dating'.
"Setelah berkenalan sindiket akan menawarkan pelaburan tidak wujud untuk memperdaya mangsa. Seterusnya mangsa diminta untuk memuat naik aplikasi pelaburan di pautan diberikan.
"Justeru, untuk urusan selanjutnya ia di uruskan oleh sindiket lain," katanya.
Menjawab pengoperasian sindiket ini, Yayaha memaklumkan ia dipercayai telah beroperasi kira-kira tiga bulan, bermula dari 3 Ogos lalu.
Jelasnya, semakan rekod jenayah lampau mendapati segelintir suspek memiliki beberapa rekod jenayah dalam kes penipuan dan dadah.
"Kesemua mereka ditahan teman sehingga 12 Oktober depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
Sehubungan itu, pihak polis mengalu-alukannya sebarang maklumat daripada orang ramai berkaitan dengan aktiviti 'calling centre'.
Tegas Yahaya, sebarang aktiviti mencurigakan, orang ramai perlu menyalurkan maklumat terus ke bilik gerakan polis Pahang atau mana-mana balai polis berdekatan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 10 2023

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati modus operandi bermula apabila sindiket berkenaan mencari mangsa secara rawak menggunakan aplikasi cari jodoh 'Coffee Meets Bagel Dating'. - Foto Sinar Harian
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri berkata, ASEAN akan terus menyelesaikan setiap isu melalui prinsip ASEAN Centrality, yang bermakna semua perkara akan dibincang secara terbuka dan sama rata, dan persetujuan perlu dicapai sebelum sebarang tindakan diambil.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

Polis tumpas sindiket penipuan pelaburan antarabangsa
Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian antarabangsa yang menyasarkan warga Eropah, hasil penahanan 49 individu.

Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.

Polis buka kertas siasatan sindiket penipuan pelaburan didalangi 'Datuk Wira'
Siasatan kes berkenaan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman bersama Unit Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA).

Remaja antara ahli sindiket tipu pelaburan dalam talian ditahan
Sekumpulan remaja dipercayai sindiket yang menjalankan kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian berjaya ditumpaskan.

29 ditahan terbabit sindiket penipuan pelaburan di empat negeri
Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 24 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.

China sedia bantu Malaysia lumpuhkan rangkaian sindiket penipuan pelaburan dalam talian
China sedia bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Malaysia dalam melumpuhkan sebarang jenayah merentas sempadan.