KUANTAN: Niat seorang remaja mahu menyelamatkan anak saudaranya yang dibawa arus tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras Sungai Pahang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Yusri Othman berkata kejadian berlaku di Kampung Loyang di Sanggang, Temerloh kira-kira 141 kilometer dari sini, sekitar jam 4.50 petang tadi.
Mereka yang dikhuatiri lemas ialah Mohd Hakim Faqih Norazmi, 16, dari Kampung Desa Murni, Temerloh dan Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, yang tinggal di Kampung Loyang.
"Kedua-dua mangsa difahamkan ke sungai untuk mandi sekitar 4.15 petang bersama tiga lagi ahli keluarga, sebelum Mohammad Naufal Farhan dikatakan hanyut dibawa arus kira-kira 40 minit kemudian.
"Mohd Hakim Faqih dikatakan menyedari kejadian itu dan cuba menyelamatkan anak saudaranya, namun turut dihanyutkan arus. Orang awam yang berada berhampiran juga cuba membantu, bagaimanapun tidak berjaya," katanya semasa dihubungi malam ini.
Mohd Yusri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang dan operasi mencari dan menyelamat dimulakan dengan bantuan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.
Bagaimanapun, operasi dihentikan pada 7.30 malam ekoran keadaan cuaca yang semakin gelap dan akan disambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 14 2021
Operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan bantuan bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung. - Gambar/ Ihsan PDRM
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Mayat lelaki hilang ditemui di Sungai Pahang
Mayat Mahadir Abd Hamid, 49, ditemui kira-kira jam 8 malam di kawasan Pulau Che Abas, Kampung Pulau Jawa.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Santai berbuka puasa tepi Sungai Pahang
Lokasi berkenaan yang berhampiran Bazar Ramadan Lurah Semantan memberikan kemudahan untuk pengunjung mendapatkan menu kegemaran.
Ekspedisi mudik Sungai Pahang, Tengku Hassanal lakar sejarah Keluarga DiRaja Pahang
Ia melakar sejarah bagi Keluarga Diraja di Pahang akan kegemilangan Sungai Pahang sebagai pengangkutan utama sejak zaman dahulu.
Buru 'harta karun' di Sungai Pahang
Catatan sejarah pernah merekodkan Sungai Pahang pernah menjadi antara laluan perdagangan utama suatu ketika dahulu.
Mayat mangsa lemas di Sungai Pahang ditemukan
Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan terapung pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening.
Ikan baung ekor merah agresif, ancam habitat sungai tempatan
Ikan baung ekor merah atau Baung Mekong' ini mula dikesan di sungai-sungai di Pahang sejak 5 tahun lalu.
Pengusaha ikan sangkar kerugian akibat sungai cetek
Mereka tidak dapat menternak ikan sepenuhnya dan kira-kira separuh dari jumlah sangkar itu ada yang rosak dan tersadai di tebing sungai.
Banjir: Hilang RM66,000 sekelip mata, 6,000 ekor ikan Patin mati di Sungai Pahang
Dugaan yang dihadapinya apabila 6,000 ekor ikan Patin sangkar belaannya mati akibat air kotor yang dibawa ke Sungai Pahang.
Banjir: 'Tidur tak lena, berdebar-debar fikirkan gelombang kedua' - Penduduk Pekan
Ketika banjir masih melanda beberapa daerah di Pahang, penduduk di daerah Pekan pula mula khuatir dengan keselamatan mereka.