SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan ketika memandu lori Roll On Roll Off (roro) di Persiaran Mokhtar Dahari, di sini pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, penahanan kira-kira jam 12.20 tengah hari itu dibuat sepasukan anggota JPJ Selangor yang sedang membuat rondaan sebelum mengesan lori terbabit dalam keadaan mencurigakan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati lori tanpa muatan itu dipandu oleh remaja terbabit.
"Turut bersama remaja itu ialah abangnya berusia 15 tahun sebagai kelindan.
"Selain memandu bawah umur, kita turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, cermin gelap, memasang lampu mata arah (strobe light) serta tiada tanda had laju," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Khairul Khar berkata, siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.
Katanya, JPJ bertindak menyita lori terbabit mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa Ijok untuk tindakan lanjut.
Tambahnya, memandu di bawah umur boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39 APJ 1987 dan jika sabit salah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023
JPJ Selangor menahan sebuah lori roro yang dipandu remaja berusia 13 tahun di Persiaran Mokhtar Dahari, Shah Alam pada Sabtu. - Foto JPJ Selangor
Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka India 2025
Beregu nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, meraih gelaran pertama musim ini apabila muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menundukkan pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, pada aksi final di New Delhi, pada Ahad.
Pasukan keselamatan Gaza diletak atur di seluruh wilayah selepas gencatan senjata bermula
Ribuan anggota keselamatan Gaza diletak atur ke beberapa kawasan di seluruh wilayah itu pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata dengan Israel berkuat kuasa.
Op Sky: SPRM akan panggil 20 pegawai bank lagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil kira-kira 20 lagi pegawai bank dalam masa terdekat bagi membantu siasatan selepas RM700 juta pinjaman diluluskan kepada penjawat awam membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.
Sindiket edar dadah antarabangsa dibongkar
Polis Pulau Pinang membongkar dua sindiket pengedaran dadah menerusi dua operasi terancang bermula kelmarin dan berakhir hari ini.
Polis minta orang ramai henti tular video OKU dipukul
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Wan Muhamad Wan Ja'afar memberi jaminan pihaknya akan menyiasat secara telus dan mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Malaysia mainkan peranan penting dalam memajukan keutamaan ASEAN - Setiausaha Agung
Di bawah kepengerusian Malaysia, Visi Komuniti ASEAN 2045 akan dilancarkan pada Mei dan dijangka mempercepatkan pembangunan mampan di rantau ini.
Trak bantuan siap sedia masuk ke Gaza ketika gencatan senjata berkuat kuasa
Puluhan trak sarat dengan bantuan kemanusiaan dijangka memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad susulan penguatkuasaan perjanjian gencatan senjata.
Remaja 13 tahun 'part time' pandu lori roro ditahan
Siasatan awal mendapati remaja yang masih bersekolah itu melakukan kerja secara sambilan memandu lori roro milik syarikat keluarganya.