KUALA LUMPUR: Pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan penilaian Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), terhadap rekod perkhidmatan baik pesawat itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pesawat itu juga digunakan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.
"Pertimbangan kita untuk memperolehi aset FA-50 ini berasaskan kepada rekod perkhidmatan. Kita tak mahu membeli sesuatu yang tiada rekod.
"Kita tak mahu anggota tentera kita menjadi sebagai makmal percubaan. Kita guna aset yang ternyata mempunyai kemampuan dan rekod servis yang baik," katanya menjawab soalan tambahan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang), yang ingin tahu justifikasi kerajaan berhubung pembelian pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan.
Perjanjian pembelian pesawat tempur bernilai RM4.08 bilion itu dibuat bersama pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan iaitu Korea Aerospace Industries Co (KAI) Februari lepas, dengan proses penghantaran pesawat berkenaan dijangka bermula pada 2026.
Terdahulu, menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) berkenaan kebolehoperasian radar TUDM di sepanjang kawasan Laut China Selatan, Mohamad berkata keupayaan pertahanan udara negara melalui Pangkalan TUDM di Labuan, akan dipertingkat dengan rancangan penggantian radar pertahanan udara jarak jauh.
"Kita akan menggantikannya dengan sistem radar baharu yang boleh beroperasi 100 peratus menjelang hujung tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Mohamad berkata pesawat itu juga digunakan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. - Gambar/ FB Korea Defense Blog
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Rekod baik pesawat FA-50 jadi justifikasi pembelian - Mohamad Hasan
Pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan penilaian Kementerian Pertahanan dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), terhadap rekod perkhidmatan baik pesawat itu.