IPOH: Rekahan permukaan di Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini menghala ke Cameron Highlands, Pahang dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya keadaan cuaca hujan berterusan di lokasi berkenaan.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata siasatan awal di tapak mendapati terdapat rekahan ketara di permukaan jalan kira-kira sepanjang 30 meter (m) dan melibatkan pergerakan cerun yang berhampiran.
"Ia mungkin faktor hujan berterusan dan menyebabkan struktur tanah jadi lemah serta tidak kukuh kerana air mengalir lebih laju yang menyebabkan berlakunya mendapan dan keruntuhan tanah.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta menerima laporan mengenai kejadian berhampiran kawasan Rehat dan Rawat itu kira-kira pukul 5.20 petang semalam dan mengambil tindakan segera bersama pihak konsesi untuk menyediakan pelan pengurusan trafik di lokasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi berkenaan hari ini.
BACA: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh
Beliau berkata kemendapan yang kelihatan berkemungkinan berpunca daripada kegagalan cerun dan boleh membahayakan pengguna jalan raya malah risiko kejadian tanah runtuh turut dibimbangi akan berlaku.
Justeru, katanya laluan itu ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga keadaan diyakini selamat bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada orang ramai.
"Notis penutupan jalan telah dikeluarkan serta-merta dan pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands sebagai jalan perhubungan sementara," katanya.
Saarani berkata siasatan lanjut akan dijalankan oleh pakar bagi mengenal pasti punca dan kaedah pembaikan yang akan dilaksanakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan sebagai langkah persiapan awal bagi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sementara itu, Pengarah JKR Perak Zulkipli Nasri berkata laluan sementara di tempat kejadian akan dilencongkan di tepi laluan runtuhan yang hanya akan dibuka kepada kenderaan ringan selepas siasatan lanjut selesai.
Zulkipi berkata perbincangan teknikal akan dilakukan bersama cawangan pakar cerun dari ibu pejabat JKR bagi menentukan kaedah yang akan digunakan bagi kemudahan pengguna jalan raya khususnya mereka yang terlibat dalam aktiviti ekonomi di Cameron Highlands seperti projek tanaman sayur.
Menurutnya, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM130 juta bagi melakukan penjajaran semula laluan sepanjang 600m di lokasi berkenaan namun runtuhan jalan berlaku lebih awal akibat hujan berterusan sebelum ia dirancang untuk dilaksanakan pada Disember ini.
Beliau berkata kerja membaik pulih dan penambahbaikan laluan itu sedang dalam peringkat reka bentuk selain perbincangan bersama pihak kontraktor dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun pada Disember 2024.
Bernama
Sun Sep 19 2021
Siasatan awal di tapak mendapati terdapat rekahan ketara di permukaan jalan kira-kira sepanjang 30 meter (m). - Gambar/ Media sosial
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Amaran hujan lebat berterusan peringkat bahaya hingga Jumaat
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka di Perlis, beberapa kawasan di Kedah, Perak, dan Pahang.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.