Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bakal membawa usul dan cadangan prosedur operasi standard (SOP) sukan renang yang lebih komprehensif untuk pertimbangan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis depan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS), menerusi satu kenyataan, menyebut bahawa Reezal Merican telah memberikan keyakinan itu kepada penggiat arena sukan renang selepas mengadakan perbincangan pada satu sesi libat urus pada Jumaat.
Ia bertujuan untuk mendapatkan kebenaran beroperasi bagi kolam renang pelbagai jenis seperti kolam saiz Olimpik dan separa Olimpik yang diiktiraf badan antarabangsa, kolam pelbagai saiz untuk tujuan rekreasi di kondominium serta hotel, kelab golf, pusat sukan dan juga di dalam kompleks atau di dalam rumah kedai untuk tujuan komersil.
"Semua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan bersama-sama membincangkan perincian terhadap SOP Am Individu dan SOP Am Pengurusan untuk sukan renang atau kolam renang yang bakal dikemukakan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP dalam masa terdekat.
"Antara yang dibincang dan dicadangkan adalah supaya pihak kerajaan memberi pertimbangan untuk pembukaan kolam renang secara beransur-ansur, contohnya bermula dengan latihan renang tanpa sentuhan fizikal.
"Ia seperti untuk latihan renang termasuk sukan terjun untuk atlet kebangsaan, negeri dan juga untuk perenang kelab serta akademi renang dalam program-program tertentu yang boleh dikawal dan dipantau pematuhannya kepada SOP semasa dan yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, ramai penggiat sukan itu dan pemilik akademi renang mengeluh kerana kehilangan pendapatan sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu.
Berikutan itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan agar KBS, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berbincang serta memperincikan lagi SOP bagi sukan renang.
Sesi libat urus itu dihadiri Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail, pegawai kanan dan wakil kementerian serta agensi kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, KKM, MKN, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Bomba.
Turut hadir wakil Persatuan Sukan Renang Amatur Malaysia, Persatuan-Persatuan Sukan Renang Amatur Negeri-Negeri, Persatuan Hotel, Persatuan Aquatik, persatuan serta wakil jurulatih serta pemilik/operator kolam renang, kelab dan akademi renang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 12 2020

Reezal Merican telah memberikan keyakinan itu kepada penggiat arena sukan renang selepas mengadakan perbincangan pada satu sesi libat urus pada Jumaat. -Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.