Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran 'Red Alert' yang tular di laman Facebook hari ini dan dikatakan dikeluarkan oleh pihak pengurusan hospital berikutan kes pencemaran kimia di Pasir Gudang adalah tidak benar.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan ringkas di sini mengenai perkara itu berkata, "Tidak betul".
Kenyataan tular itu antara lain mendakwa pengarah hospital mengisytiharkan amaran 'Red Alert' kerana pencemaran udara yang tersebar di Pasir Gudang.Ia turut mendakwa angin yang bertiup kencang menyebarkan toksik dan menyebabkan ramai penduduk di Seri Alam dan Plentong dimasukkan ke hospital.
BACA: Pencemaran bahan kimia: 13 sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup
Kenyataan berkenaan turut menasihatkan orang ramai supaya memakai topeng penutup mulut.
Khamis lepas, pembuangan sisa kimia di sungai berkenaan mengakibatkan tiga insiden di empat sekolah di Pasir Gudang, dengan satu terbaru hari ini, dipercayai kesan pencemaran dari bahan sisa berkenaan.
Terbaru, laporan menyebut Dr Sahruddin sebagai berkata, setakat ini 13 buah sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup mulai esok sehingga tarikh ditetapkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2019
GAMBAR FAIL: Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diberi rawatan kecemasan selepas pengsan dipercayai terhidu bau disyaki gas kimia di kawasan Taman Pasir Putih, dekat Pasir Gudang. - BERNAMA
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
'Red alert' pencemaran kimia tidak benar - Exco Johor
Kenyataan mengenai pengisytiharan amaran 'Red Alert' yang tular di laman Facebook hari ini adalah tidak benar.