KUALA NERUS: Lebih 13,000 peluang pekerjaan menerusi 89 majikan ditawarkan menerusi Program Jamin Kerja sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Terengganu.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sentiasa cakna dengan kebajikan pekerja yang hilang upaya untuk kembali bekerja.
Ismail Sabri berkata selain itu mereka turut ditawarkan bantuan alat pemulihan supaya dapat melaksanakan pekerjaan dengan sebaiknya.
“Kerajaan negeri Terengganu dan Perkeso di bawah Kementerian Sumber Manusia telah bekerjasama untuk memperkasakan akses peluang pekerjaan bagi rakyat Terengganu melalui 38 Pusat Pintar yang menyasarkan 1,000 penempatan pekerjaan.
"Kita telah berjaya melepasi sasaran ini dengan 1,351 tawaran pekerjaan sejak ia dilaksanakan pada Disember 2021 sehingga April tahun ini, dengan Perkeso yang berperanan sebagai Urusetia Pekerjaan Negeri Terengganu (UPNT),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini pada Sabtu.
Jelasnya lagi, menerusi Program Jamin Kerja di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Terengganu ia sekali gus membolehkan Keluarga Malaysia di negeri itu dipadankan dengan pekerjaan yang sesuai.
Justeru itu beliau berharap Keluarga Malaysia dapat memanfaatkan peluang-peluang yang ada sepanjang penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di negeri tersebut.
Ismail turut berharap aspek keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam masyarakat majmuk Keluarga Malaysia ini terus diamalkan tanpa mengira sentimen agama dan bangsa.
Astro Awani
Sat Jun 04 2022
Ismail Sabri (tiga, kanan) menyampaikan Skim Insurans Keluarga Malaysia kepada penerima pada perasmian penutup Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Kompleks Sukan Negeri Terengganu hari ini. - Foto BERNAMA
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
Rebut peluang lebih 13,000 peluang pekerjaan di JAKM Terengganu - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sentiasa cakna dengan kebajikan pekerja yang hilang upaya untuk kembali bekerja.