Kerajaan sedang membangunkan satu sistem berkesan bagi memastikan rebat untuk pengguna kad prabayar telefon bimbit seperti diumumkan dalam Bajet 2016, hanya dinikmati warganegara Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, ketika ini perbincangan dengan industri terlibat sedang dilakukan bagi memastikan pemberian rebat itu dilaksanakan 1 Januari depan.
Katanya, melalui pemberian rebat itu, pengguna kad prabayar akan membayar nilai yang sama dengan harga kad tambah nilai berkenaan.
"Rebat ini berbentuk airtime. Maksudnya bermula 1 Januari 2016, anda dapat apa yang anda mahukan. Kalau beli RM10, anda boleh gunakan airtime RM10.
"Kita akan laksanakan berdasarkan pengumuman Perdana Menteri selama setahun," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar 'The Role of New Media in Fighting Against Perception Terrorism' di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini hari ini.
Jelasnya, pengumuman mengenai sistem berkenaan akan diumumkan selepas beberapa perkara diselesaikan.
"Kita hanya memberi rebat kepada warganegara sahaja. Maksudnya ia (rebat) akan ditanggung antara industri dan kerajaan.
"Kami akan membangunkan satu sistem bagi melaksanakan perkara itu. Kita kena bincang lagi sebab ini yang akan membezakan antara warganegara dengan warga asing. Namun ini hanya untuk setahun sahaja," jelasnya.
Mohd Salleh berkata, sistem itu nanti akan digunapakai selama setahun dan keputusan mengenai lanjutan kaedah berkenaan bergantung kepada keputusan kerajaan.
"Ada yang tanya kenapa tidak (dikuatkuasakan) 1 November, sebenarnya sebelum ini kerajaan membuat keputusan bahawa ia adalah sistem usage bukan activation, di mana kita pakai, kita dicaj.
"Kerajaan sebelum ini mengambil keputusan untuk kaji dalam masa enam bulan, selepas enam bulan kita kena balik seperti dahulu.
"Namun, balik seperti dahulu tidak bermakna tidak bayar, bagaimanapun, ia cuma melaksanakan sistem usage. Ini berbeza. Maksudnya, pada kali ini kalau kita tambah nilai RM10, kita akan dapat RM10," katanya.
Ketika ini, terdapat kira-kira 33 juta pengguna prabayar dan lapan juta pengguna pasca-bayar warganegara Malaysia yang berdaftar di seluruh negara.
Manakala, lima juta pengguna prabayar bukan warganegara Malaysia turut dicatatkan setakat ini.
Semasa membentangkan Bajet 2016, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengguna warganegara Malaysia akan menikmati rebat kad pra-bayar yang bersamaan dengan amaun GST yang telah dibayar berkuat kuasa 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
Rahimah Abdullah
Tue Oct 27 2015
Ketika ini, terdapat kira-kira 33 juta pengguna pra-bayar dan lapan juta pengguna pasca-bayar warganegara Malaysia yang berdaftar di seluruh negara. - Gambar hiasan
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Indeks Sentimen PKS meningkat, bukti keyakinan PMKS
Momentum positif yang direkodkan dalam kajian ini sekali lagi menekankan kedudukan PMKS sebagai segmen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang secara signifikan kepada trajektori pertumbuhan Malaysia.
Deretan gerai berhampiran Plaza TAR terbakar
Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati api sedang marak di deretan gerai berkenaan.
[Data & Statistik] Indeks Sentimen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Trend peningkatan Indeks Sentimen PKS mencerminkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, jangkaan jualan yang kukuh serta perancangan yang diperbaharui untuk pengembangan dan penciptaan peluang pekerjaan.
Strategi Malaysia mendepani dasar luar jangka era Trump
Rantau Asia terutama ASEAN dilihat berada pada kedudukan paling stabil terutama dari segi pertumbuhan ekonomi, geopolitik dan keselamatan pada ketika ini. Bagaimana Malaysia harus respond kepada perang dagang 2.0 antara AS-China yang mungkin memuncak?
Kadar caruman kembali pada 11% berkuat kuasa Januari 2018 - KWSP
Kadar caruman pekerja yang sebelum ini diturunkan kepada lapan peratus akan kembali ke kadar asal iaitu 11 peratus bagi pekerja yang belum mencecah usia 60 tahun berkuat kuasa Januari 2018.
Tiada lanjutan tempoh tawaran kurangan penalti, hapus kenaikan cukai 15 Dis
Pembayar cukai di negara ini dinasihatkan supaya segera memanfaatkan 'Program Tawaran Pengurangan Penalti dan Penghapusan Kenaikan Cukai' sebelum tempoh permohonan program berkenaan tamat pada 15 Dis.
Kerjasama kerajaan negeri, syarikat swasta bantu belia miliki rumah - Najib
Kerajaan negeri digalak menyediakan tanah dengan nilai premium yang rendah dalam usaha membantu merealiasikan impian golongan muda memiliki rumah pada harga mampu milik.
Tidak perlu pengubahsuaian bajet lagi buat masa ini, kata Najib
Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anda pelabur? Ini 3 penerangan ringkas pasaran saham pada dagangan Rabu
Di sebalik saham sektor perbankan sekitar Asia, Eropah dan Amerika Syarikat menyaksikan kejatuhan, saham perbankan tempatan dijangka kekal berdaya tahan.
CUEPACS lega, tiada pekerja diberhentikan
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam Malaysia, CUEPACS hari ini melahirkan rasa syukur dengan pengumuman Perdana Menteri.
Teks ucapan penuh Perdana Menteri tentang Pengubahsuaian Bajet 2016
Berikut adalah teks penuh ucapan khas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang Pengubahsuaian Bajet 2016.
Pengubahsuaian Bajet 2016: Jaminan pendidikan tidak akan terjejas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak antaranya menyentuh tentang program biasiswa, program khas kejuruteraan dan program lepasan Bursary.
11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016, di PICC, Putrajaya hari ini.
CUEPACS nafi berlaku pemotongan elaun penjawat awam
CUEPACS menafikan akan berlakunya pemotongan elaun kepada 220,000 kakitangan awam dan kumpulan profesional menjelang pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 pada Khamis ini.