Pemikiran bahawa hanya 'kerja di pejabat' menjamin masa depan seseorang wajar dikikis memandangkan kebanyakan sektor pekerjaan 'bakal pupus' dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Profesor dari Universiti Cardiff Alison Brown berkata, sudah tiba masanya mendefinisi semua nilai sesuatu pekerjaan bagi mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran pada masa kini dan masa hadapan.
"Jika kita lihat sebelum ini, ibu bapa menekankan kepentingan belajar tinggi-tinggi agar dapat bekerja di pejabat.
"Kita tidak boleh lagi mengamalkan pemikiran itu dan golongan akan datang juga tidak boleh bertindak sedemikian kerana akhirnya, mereka akan ketinggalan," kata beliau.
Pendapat sama turut disuarakan Pengarah Hubungan Antarabangsa New School University Michael Cohen yang menyifatkan ketiadaan peluang pekerjaan terutamanya bagi graduan merupakan isu yang serius.
"Kita harus menyedari perkara ini dan mengiktiraf bahawa ia merupakan satu cabaran yang signifikan.
"Golongan muda harus sedar bahawa dengan kepesatan teknologi masa kini, pekerjaan yang ada sekarang mungkin tiada lagi di masa hadapan," katanya.
Cohen dan Brown berkata demikian ketika sesi panel istimewa berhubung pertumbuhan ekonomi tempatan, produktiviti dan peluang pekerjaan belia di bandar pada Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 yang memasuki hari keempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
WUF dijadualkan berakhir pada Selasa depan.
Hafiz Marzukhi
Sat Feb 10 2018
![Realiti Pekerjaan Masa Hadapan: Jangan hanya sasar untuk kerja di pejabat Realiti Pekerjaan Masa Hadapan: Jangan hanya sasar untuk kerja di pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518237776_WUF.jpg)
Persepsi bekerja di pejabat menjamin masa depan seseorang wajar dikikis.
![Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718614946_NgaKorMing.jpg)
Malaysia akan terus sokong mandat UN-Habitat - Nga
UN-Habitat diberi mandat oleh PBB untuk mempromosikan bandar dan pengurusan bandar yang mampan dari segi sosial dan alam sekitar.
!['Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker' 'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721271386_PATI.jpg)
'Dicekup sorok dalam tandas, PATI cuba tipu konon hanya datang main snuker'
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu cuba berdolak-dalih memberi pelbagai alasan.
![Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721272234_bekaspengurusbesar.jpg)
Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah
Tertuduh didakwa atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, empat tahun lalu.
Platform media sosial culas buat pengesahan umur pemilik akaun - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta bantuan semua Ahli Parlimen yang bertemu dengan kanak-kanak bawah 13 tahun untuk memastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa
Kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan.
Jangan anggap komen dalam sesi 'live' hilang - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata MCMC dan PDRM dapat kerjasama platform sosial media bagi kenal pasti komen dalam sesi live.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini 'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721271693_keluargaNurFarah.jpg)
'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini
Keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.
![Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721270150_tbCavanSullivan.jpg)
Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS
Cavan Sullivan menjadi pemain termuda dalam sejarah untuk menyertai Liga Bolasepak Utama (MLS) pada usia 14 tahun.
![Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS
Ringgit terus melonjak dan mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan pada sesi pembukaan hari ini.
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
![Realiti Pekerjaan Masa Hadapan: Jangan hanya sasar untuk kerja di pejabat Realiti Pekerjaan Masa Hadapan: Jangan hanya sasar untuk kerja di pejabat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/61518237776_WUF.jpg)
Realiti Pekerjaan Masa Hadapan: Jangan hanya sasar untuk kerja di pejabat
Pemikiran bahawa hanya 'kerja di pejabat' menjamin masa depan seseorang wajar dikikis memandangkan kebanyakan sektor pekerjaan 'bakal pupus' dalam tempoh beberapa tahun akan datang.