Mahkamah Persekutuan hari ini meminta pihak pembelaan, dalam rayuan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, mendapatkan rakaman audio mahkamah berhubung penghakiman bertulis oleh Mahkamah Tinggi yang dibaca secara terbuka di akhir kes pendakwaan.
Ini berikutan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili R. Matan, salah seorang daripada empat lelaki disabitkan dengan pembunuhan itu, bagi penghakiman bertulis itu dimasukkan dalam rekod rayuan.
Amer Hamzah berkata penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Akhtar Tahir telah dibaca di akhir kes pendakwaan pada 30 April 2012 dan salinan penghakiman itu diberikan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan pada hari yang sama.
Isnin lepas, peguam Manjeet Singh, yang mewakili seorang lagi perayu, N. Pathmanabhan, memberitahu mahkamah bahawa dapatan fakta oleh Mahkamah Tinggi di akhir kes pendakwaan -- yang digabungkan dalam rekod rayuan di Mahkamah Tinggi -- berbeza daripada penghakiman bertulis oleh Mahkamah Tinggi itu.
Manjeet berhujah terdapat perbezaan dalam cara mengungkapkan beberapa dapatan fakta dalam rekod rayuan dengan penghakiman bertulis sama ada perubahan dalam bentuk ejaan atau tatabahasa.
Amer Hamzah memberitahu pemberita bahawa sebaik sahaja memperoleh rakaman audio mahkamah maka mereka akan melihat versi mana yang betul.
Mahkamah sedang mende-ngar rayuan akhir Pathmana-bhan, 46, seorang bekas peguam dan tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, 24, R. Matan, 25, dan R. Kathavara-yan, 36, terhadap sabitan dan hukuman gantung.
Mereka didapati bersalah membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Keempat-empatnya didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Mei 2013, melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Pada 4 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati selepas menolak rayuan terhadap sabitan dan hukuman gantung.
Rayuan terakhir di hadapan panel lima hakim dike-tuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 07 2016
Peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili R. Matan, mahu penghakiman bertulis itu dimasukkan dalam rekod rayuan. - Gambar hiasan
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Kisah hidup Cik B dalam single pertama 'Tolonglah'
Ujar remaja berusia 15 tahun ini, dia kini mula memberanikan diri keluar dari zon selesa kerana sebelum ini dia sangat pemalu dan kurang keyakinan diri.
Gara-gara tayang kereta mewah, jutawan kosmetik Kylie Jenner kena kecam
Siapa yang tidak kenal dengan bintang realiti dan ahli perniagaan, Kylie Jenner.
Datuk Seri Vida nafi jatuh miskin
Ada yang mendakwa Vida berdepan masalah kewangan selepas mata wang kripto LaVida Coin yang dilancarkan beliau berdepan masalah.
'Tak suka laki orang tapi...' - DSV jawab hubungan dengan Putra Amaris
Ditanya kepada Vida mengenai gosip tersebut, beliau menjelaskan mereka telah lama saling mengenali.
Tak payah acah-acah malaikat! - Aliff Syukri
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan perasaan ketidak puasan hatinya terhadap kritikan dan kecaman negatif terhadapnya atas semua tindak tanduk yang dilakukan.
"Tak minum produk saya tak apa, saya tak terasa" - DSV doa Elyana cepat sembuh
DSV yang merupakan pengasas produk tersebut serta penaja GV4 turut memohon maaf jika kata-kata yang terbit dari mulutnya membuatkan Elyana terasa hati.
Kenapa nak kahwin mak saya? Cik B beri amaran lelaki cuba dekati DS Vida
Cik B, anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) pada Selasa lalu telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap lelaki-lelaki yang mahu mengajak ibunya kahwin.
Mahkamah kekal hukuman mati ke atas pembunuh Sosilawati
Bekas peguam, N. Pathmanabhan dan dua pekerja ladang membunuh Sosilawati dan tiga pembantu jutawan kosmetik itu pada 2010.
Rayuan kes Sosilawati: Pihak pembelaan diminta dapatkan rakaman audio
Ini berikutan permohonan peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili R. Matan, bagi penghakiman bertulis itu dimasukkan dalam rekod rayuan.
Gagal bayar cukai, jutawan kosmetik bakal didakwa Khamis ini
Dakwaan yang dikenakan ke atas jutawan syarikat kosmetik itu adalah kerana 'kegagalan mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai'.