PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 semalam.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia lingkungan lewat 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas dipercayai memberi rasuah kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikatnya.
Menurutnya beberapa pegawai agensi itu juga disyaki bersubahat dengan pengarah syarikat berkenaan dalam mengagihkan kontrak kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 dan 2020.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan pengarah syarikat itu ketika dihubungi hari ini berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Lelaki berusia lingkungan lewat 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas dipercayai memberi rasuah kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan. - Gambar hiasan
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Rasuah wang dan tiket penerbangan: Pengarah syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 semalam.