SHAH ALAM: Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Serdang masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shah Rizan Yasak, 43; Mohd Riduan Ibrahim, 41, dan Muhamad Yusri Yusof, 36, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan yang dibacakan secara berasingan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM20,000 kepada Mohd Shah Rizan manakala masing-masing RM10,000 dan RM5,000 terhadap Mohd Riduan serta Muhamad Yusri.
Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini dan penjara enam bulan terhadap Mohd Shah Rizan, empat bulan (Mohd Riduan) dan tiga bulan (Muhamad Yusri) sekiranya gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu yang bertugas di Unit Forensik masing-masing menerima wang tunai berjumlah RM6,250; RM3,550 dan RM1,100, menerusi pemindahan dalam talian dalam akaun bank mereka daripada pemilik sebuah syarikat yang berusia 32 tahun bagi kerja-kerja pengurusan jenazah.
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa cawangan bank di Bandar Baru Bangi, Kajang dan Banting, dekat sini antara 18 Mac 2018 dan 7 Ogos 2019
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Rozilah turut menasihati ketiga-tiga tertuduh agar insaf dan berjanji tidak mengulangi kesilapan serupa.
"Sebagai PPK di unit forensik yang menguruskan jenazah dan mayat, kerjaya kamu ini sangat mulia. Sepatutnya, kamu jangan bagi cadangan atau peluang (perbuatan rasuah), kamu tegur perbuatan mereka (rasuah) baru ada integriti sebagai penjawat awam.
"Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat, guna fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk. Apa yang kamu buat ini salah dan harap hukuman ini jadi kifarah kepada kamu," katanya.
Ketika rayuan, ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak dapat menahan kesedihan dan memohon dikenakan hukuman ringan dengan alasan mereka adalah penanggung utama keluarga.
Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Alif Shaharuzaman memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan alasan kepentingan awam melebihi daripada kepentingan kesemua tertuduh selain bagi mencerminkan tahap keseriusan kes.
Sementara itu, seorang lagi PPK di hospital sama iaitu Hairul Nizam Idris, 39, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menerima rasuah untuk dirinya berjumlah RM1,100 daripada seorang lelaki menerusi pemindahan dalam talian dalam akaun banknya berhubung kerja-kerja serupa di sebuah cawangan bank di Kajang pada 20 dan 23 April 2018.
Dia dakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bapa tiga anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Hairul yang diwakili peguam Siti Nurul Jannah Rizali dibenarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM.
Sebutan semula kes ditetapkan 17 Mac depan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023

Tiga pembantu perawatan kesihatan di Hospital Serdang masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Rasuah urus jenazah: Tiga pembantu kesihatan dipenjara, didenda
"Dapat duit (gaji) sedikit, biar berkat, guna fikiran yang Allah bagi untuk menilai baik dan buruk." - Hakim Rozilah Salleh