Bekas menteri wilayah persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diarah membela diri atas dakwaan menerima suapan RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan, tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu hari ini selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap kes Tengku Adnan.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong, 60 tahun, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB).
“Pihak pembelaan gagal membuktikan bahawa RM2 juta untuk kegunaan UMNO. Namun, cek yang diterima tertuduh tidak boleh mengalihkan perhatian saya.
“Kerana, ia diterima tertuduh sebagai penjawat awam, dan kapasitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan masa itu,” kata Mohamed Zaini ketika membaca penghakimannya.
Tengku Adnan, 68 tahun, mempunyai kepentingan dalam THSB sementara syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pada 23 Jan lepas, Tengku Adnan, mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamed Zaini, selepas kesnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Dis 2018.
Perbicaraan selama 12 hari bermula pada 2 Julai dengan 23 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.
BACA: Kes rasuah Tengku Adnan: Pemandu peribadi sahkan tebus cek RM2 juta
BACA: SPRM tahan Tengku Adnan berhubung isu penjualan tanah DBKL
Antara saksi tersebut ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Chai.
Tengku Adnan diwakili peguam Datuk Tan Hock Chuan manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.
Fareez Azman
Mon Oct 14 2019
![Rasuah RM2 juta: Mahkamah arah Tengku Adnan bela diri Rasuah RM2 juta: Mahkamah arah Tengku Adnan bela diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/81571020511_tengku.jpg)
Tengku Adnan ketika hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Trump dan Elon Musk 'berjoget'
Kempen pilihan raya Amerika Syarikat terus hangat apabila calon presiden republikan, Donald Trump dilihat 'menari' bersama usahawan terkemuka Amerika Syarikat Elon Musk.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Dalam satu hantaran tanpa catatan di akaun X beliau pada Khamis, beliau berkongsi sebuah video yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) melakukan gerakan tarian mengikut lagu 'Stayin Alive' oleh Bee Gees.
Suspek kes tolak isteri ke gaung akan didakwa hari ini
Lelaki berusia 39 tahun dipercayai menolak isterinya hingga jatuh gaung berhampiran KM31.2 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada 27 Julai lalu akan didakwa di mahkamah, hari ini.
!['Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa' 'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723763122_MangsaKemalangan.jpg)
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Kerajaan terus perkasa agenda bagi memudahcara perniagaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan MADANI akan terus memperkasa agenda bagi memudahcara perniagaan (Ease of Doing Business).
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
Dalam satu hantaran di media sosial beliau pada Khamis, beliau berkata usaha itu akan terus dipergiat meski negara telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan peningkatan dari segi kecepatan kelulusan pembangunan.
1.5 penjawat awam tahu kadar gaji baharu hari ini
Lebih 1.5 juta penjawat awam di negara ini akan mengetahui kadar gaji baharu masing-masing apabila berita gembira itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri di PICC, hari ini.
Presiden Palestin umum bakal lawat Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Khamis mengumumkan bahawa beliau merancang untuk melawat Semenanjung Gaza, walaupun serangan Israel yang telah membunuh lebih 40,000 orang setakat ini masih berterusan.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Mahmoud yang berucap kepada parlimen Turkiye di Ankara semasa sesi khas mengenai Palestin, beliau akan mengadakan lawatan tersebut bersama pemimpin Palestin yang lain.
Parlimen Thailand putuskan siapa PM baharu
Parlimen Thailand hari ini akan bersidang bagi bagi mengadakan mesyuarat khas memilih seorang Perdana Menteri baharu susulan keputusan mahkamah yang menyingkirkan Srettha Thavisin, Rabu lepas.
![Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723762175_MatthewPerry.jpg)
Lima termasuk doktor didakwa atas kematian Matthew Perry
Defendan mengambil kesempatan daripada isu ketagihan Perry untuk meraih kekayaan bagi diri mereka.
![Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723756050_MahmoudAbbas.jpg)
Presiden Palestin umum lawatan ke Gaza di tengah serangan berterusan Israel
"Saya mengumumkan kepada anda dan dunia bahawa saya telah memutuskan untuk pergi ke Semenanjung Gaza bersama semua pemimpin Palestin."
![Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756932_TokyoJapan.jpg)
Tokyo siap sedia hadapi Taufan Ampil
Central Japan Railway Co. batalkan semua perkhidmatan kereta api laju Tokaido Shinkansen antara Tokyo dan Nagoya sepanjang hari pada Jumaat.
![Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683697104_CyberAttack.jpg)
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
![Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718638248_gold.jpg)
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
![Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023 Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/81584698828_ABM.jpg)
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
![Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698913158_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
![Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698272976_MonetaryAuthorityo.jpg)
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
![Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024 Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665125850_TBbank.jpg)
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
![Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694144297_BankNegaraMalaysia.jpg)
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
![Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693911021_tembak.jpg)
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
![Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665125850_TBbank.jpg)
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
![6 bank Itali jadi mangsa serangan siber 6 bank Itali jadi mangsa serangan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690963344_cyberthreatshacke.jpg)
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.