Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama pengurangan Tanah Simpanan Melayu (TSM).
Ketika mendedahkan perkara itu, bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang lantas menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar memainkan peranan bagi mengekang hal tersebut dan memastikan tanah rizab Melayu dipelihara.
Menurutnya penyalahgunaan kuasa berlaku di semua peringkat kerajaan negeri menyebabkan penyusutan tanah rizab Melayu tidak dapat dibendung meskipun terdapat dasar dan undang-undang berkaitan tanah itu di setiap negeri.
"Kuasa menukar dan membatalkan status rizab Melayu terletak di tangan eksekutif di setiap negeri, malangnya penyalahgunaan berlaku di setiap peringkat - dari peringkat atasan hingga bawahan," katanya ketika persidangan Meja Bulat Majlis Perundingan Melayu (MPM) - Media 2018 di sini, pada Rabu.
"Kerajaan perlu memandang serius perkara ini kerana kita nak sekurang-kurangnya 50 peratus pemilikan TSM seperti yang telah diwasiatkan Raja-Raja Melayu dicapai. Rasuah perlu sentiasa dielakkan. Kalau tidak, ia akan menjadi barah dan memberi kesan negatif," kata Abu Zahar, juga anggota Lembaga Penasihat MPM.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak Dr Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata bagi mencapai 50 peratus pemilikan tanah rizab Melayu daripada jumlah yang ditetapkan, keseragaman undang-undang berkaitan tanah rizab Melayu perlu diwujudkan.
"Sekarang ini ada enam undang-undang yang berbeza antara negeri-negeri berkaitan TSM dan ini menyukarkan keseragaman undang-undang dibuat... kerajaan perlu semak balik hal ini dengan memanggil kesemua menteri besar untuk memperkenankan supaya pentadbiran tanah dibawa ke persekutuan.
"Mungkin boleh juga diadakan perbincangan bagaimana nak memperkasakan tanah rizab Melayu dengan mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan tersebut.
Mohd Hasrol Haffiz berkata berdasarkan analisis pihaknya, jumlah TSM kini dianggarkan telah mencapai sebanyak 31.12 peratus (daripada jumlah ditetapkan) berbanding hanya 12 peratus pada 2013 seperti yang dilaporkan menerusi laporan Ketua Audit Negara pada 2013.
"Apabila laporan audit dikeluarkan mengenai penyusutan TSM, negeri-negeri mengambil tindakan masing-masing untuk meningkatkan tanah rizab Melayu dan saya jangka kesedaran ini telah meningkat berbanding sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 15 2018
Tan Sri Abu Zahar Ujang menggesa kerajaan Pakatan Harapan memainkan peranan bagi mengekang hal tersebut dan memastikan tanah rizab Melayu dipelihara.
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Azam Baki ada kawalan penuh ke atas akaun dan aktiviti jual beli dagangan - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkata, tindakan Azam tidak melanggar Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).
PM boleh nasihatkan Agong pecat Azam Baki
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.
'I have nothing to hide' - Abu Zahar sedia disiasat, serah kedudukan kepada Agong
Abu Zahar berkata, beliau kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan enam ahli LPPR, baru-baru ini.
Sidang akhbar Abu Zahar esok
Sidang akhbar Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang yang dijadualkan berlangsung pada Isnin ditangguhkan pada Selasa (esok).
Badan bebas, PDRM perlu siasat kontroversi Azam Baki - Majlis Presiden PH
PH mendesak supaya Azam serta Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang direhatkan.
Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
Selain kenyataan Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Tan Sri Azam Baki, berikut antara fakta lain berkait pemerolehan, pindah milik dan urus niaga saham.
Putra pertikai sidang media bersih nama Azam Baki, mahu kerajaan tubuh jawatankuasa bebas
Jawatankuasa bebas ini perlu diberi hak untuk menyelongkar segala maklumat dengan semua pihak dan diberi masa tiga bulan untuk menyediakan laporan siasatan.
SPRM jawab isu Azam Baki Rabu ini
Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata beliau akan memperjelaskan ketidakwajaran yang didakwa berkaitan dengan Azam.
JKMR, LPPR desak siasatan terperinci dakwaan pegawai kanan SPRM terlibat seleweng RM25 juta
Pihak dalam dakwaan itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin agar keyakinan rakyat kepada SPRM kekal utuh.
LPPR amal prinsip semak dan imbang, telus banteras rasuah
SPRM ingin melihat perubahan terhadap suasana rasuah dalam negara dan menegaskan supaya pemimpin meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.