SHAH ALAM: Penerokaan tanah dan hutan yang masih berterusan didakwa berpunca daripada wujudnya unsur rasuah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Penasihat Pertubuhan Generasi Peduli Sampah Malaysia (GPS), Mohd Faizal Abdul Rani berkata, apa yang menjadi tanda tanya, adakah aktiviti yang berkemungkinan tidak sah itu dalam pengetahuan pihak berkuasa ataupun sengaja dilindungi kerana mempunyai kepentingan peribadi.
Menurutnya, sekiranya ia berlarutan dan pihak berkuasa berdiam diri, keadaan itu akan memberi kesan kepada alam sekitar sama ada dalam jangka pendek, sederhana mahupun panjang.
"Mungkin ada unsur rasuah. Bila ada kes, senang sahaja tutup malah ada yang menjadi orang tengah memberitahu sebarang tindak-tanduk pihak berkuasa bagi memastikan mereka terlibat tidak ditangkap.
"Susah apabila melibatkan rasuah. Manusia yang terlibat dengan amalan tersebut tidak boleh dikawal selagi individu itu sendiri masih menerima dan meminta," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai masyarakat Orang Asli di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan yang hidup dalam kebimbangan susulan aktiviti pertanian dan penerokaan tanah ketika musim tengkujuh di kawasan itu.
Ketua Penghulu Orang Asli Kelantan, Bidi Ronggeng berharap, pemantauan dijalankan oleh pihak berwajib berhubung aktiviti yang berisiko mendatangkan ancaman kejadian bencana di tempat tinggal mereka.
Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, kerajaan negeri atau Persekutuan perlu meneliti setiap projek yang diluluskan bagi mengekalkan kelestarian dalam pelan pembangunan negara.
"Tidak salah pembangunan dibuat tetapi perlu mengambil kira kesan kepada alam sekitar dan langkah yang diambil bagi mengutamakan kelestarian dalam agenda pembangunan di sesuatu tempat.
"Penerokaan dan pembangunan yang tidak terkawal akan memberi kesan negatif kepada penduduk setempat dan tempat tadahan hujan selain mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran sungai," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 15 2022
Penerokaan tanah dan hutan yang masih berterusan didakwa berpunca daripada wujudnya unsur rasuah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan/WWF Malaysia
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
Rasuah punca penerokaan haram terus berleluasa - GPS
Sekiranya ia berlarutan dan pihak berkuasa berdiam diri, keadaan itu akan memberi kesan kepada alam sekitar sama ada dalam jangka pendek, sederhana mahupun panjang.