KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan memohon untuk mendapatkan salinan pernyataan seorang saksi utama yang direkod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan seorang ahli perniagaan.
Peguam Gobind Singh Deo mewakili Lim berkata dokumen itu diperlukan bagi pihaknya memulakan prosiding mencabar kredibiliti saksi pendakwaan ke-23, Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kerana wujud percanggahan dalam kenyataannya di mahkamah.
"Pihak pembelaan berhak menyoal Datuk Zarul berhubung isu wang RM2 juta yang masing-masing untuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) yang diberikan melalui G. Gnanaraja selaku orang tengah pada 2017.
"Pada prosiding sebelum ini, Datuk Zarul menyatakan hanya RM2 juta untuk Lim Guan Eng. Oleh itu, wujud percanggahan yang serius dalam pernyataan Datuk Zarul dan kami mohon untuk mencabar kredibilitinya mengikut Seksyen 145 Akta Keterangan 1950," kata Gobind.
Gobind berkata semasa memberikan kenyataan kepada SPRM bagi kes Gnanaraja di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Zarul Ahmad memaklumkan pemberian RM2 juta kepada ahli perniagaan itu untuk menutup siasatan SPRM terhadap syarikatnya.
Semalam, Zarul Ahmad memberitahu mahkamah bahawa wang RM2 juta dibayar melalui cek kepada Lim berhubung pelaksanaan projek terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang manakala wang tunai RM2 juta diberikan kepada Najib untuk menutup siasatan SPRM terhadap syarikatnya.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin membantah permohonan itu kerana ia dibuat tanpa mengikut prosedur betul selain tidak berasas bagi tujuan memancing maklumat daripada pernyataan Zarul Ahmad, sedangkan pihak pembelaan boleh menyoal balas saksi berkenaan untuk mendapatkan maklumat.
"Permohonan tersebut pada peringkat ini adalah bersifat pramatang kerana ia hanya bersandarkan kepada kenyataan Datuk Zarul Ahmad bahawa beliau telah membuat pembetulan dalam pernyataannya kepada SPRM.
"Apa yang pihak pembelaan mahukan ialah untuk meneliti pernyataan itu bagi memastikan sama ada pembetulan telah dibuat, bukan untuk prosiding mencabar kredibiliti saksi berkenaan," kata Wan Shaharuddin.
TPR Mahadi Abdul Jumaat pula berhujah bahawa permohonan itu harus ditolak atas alasan pernyataan itu diklasifikasikan sebagai dokumen istimewa hasil daripada komunikasi di bawah Akta Keterangan.
Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Azura Alwi menetapkan 2 Nov ini untuk keputusan manakala perbicaraan esok dan 1 Nov dilapangkan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Lim, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.
Lim didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023

Pihak pembelaan mohon mendapatkan salinan pernyataan seorang saksi utama yang direkod SPRM berhubung siasatan kes rasuah Lim Guan Eng. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Projek terowong dasar laut: Saksi dedah sanggup bayar RM19 juta demi Guan Eng
Seorang ahli perniagaan memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup membayar RM19 juta agar siasatan SPRM terhadap Lim Guan Eng tidak diteruskan.