KUALA LUMPUR: Seorang pemandu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sebelum ini didakwa atas lapan pertuduhan rasuah bagi kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan di jabatan itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung perkara sama.
Muhamad Azwan Shah Abdullah, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan utama dan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Mengikut pertuduhan utama, Muhamad Azwan yang bertugas di Bahagian Penguatkuasaan didakwa memperoleh suapan wang tunai RM500 daripada seorang lelaki melalui akaun bank miliknya sebagai dorongan bagi membantu mendapatkan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan jabatan itu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Muhamad Azwan juga berdepan pertuduhan pilihan menerima wang tunai RM500 daripada individu sama melalui akaun bank miliknya tanpa sebarang balasan yang diketahui tertuduh mempunyai kaitan dengan tugas rasmi sebagai pemandu di JKDM berhubung perkara sama.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah cawangan bank di Jalan Tun Razak di sini pada 6 Feb lepas mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri pada setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
"Pihak pendakwaan juga memohon untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi dibicarakan bersama dengan kes rasuah di sana," katanya.
Peguam Nor Asyikin Zakaria pula memohon jaminan dikurangkan atas alasan Muhammad Azwan diikat jamin sebanyak RM8,000 di Mahkamah Shah Alam dan memaklumkan pasport anak guamnya telah diserahkan kepada mahkamah itu.
Rozina membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Beliau turut membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Shah Alam dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
Muhamad Azwan Shah Abdullah, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan utama dan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. - Gambar hiasan
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
[INFOGRAFIK] Kos sara hidup
Sejumlah RM1 bilion disediakan untuk menganjurkan ikhtiar menangani kos sara hidup dengan lebih meluas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia meliputi Program Payung Rahmah yang ditingkatkan peruntukan kepada RM300 juta berbanding RM200 juta sebelum ini.
#Belanjawan25
#AWANInews
[TERKINI] Lima individu hilang ketika latihan Regata Sarawak
Lima individu dilaporkan hilang selepas perahu lumba yang dinaiki mereka karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa ketika menyertai latihan sempena Regata Sarawak
RM2.8 juta: Penyelenggaraan jalan yang tidak selamat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat kepada 300 juta tahun ini
Rasuah: Pemandu kastam didakwa lagi
Muhamad Azwan Shah Abdullah, 32, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan utama dan pilihan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.