Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Khamis dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah atas lapan pertuduhan menerima rasuah melebihi RM1 juta termasuk sebuah kereta mewah, BMW, empat tahun lalu.
Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Dr Shahanom Uthman, 53, yang merupakan bekas Pengurus Besar (Bahagian Projek dan Servis) Malaysia Transfomer Manufacturing Sdn Bhd (MTM) dan dia akan dipenjara 26 tahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Azura turut membenarkan permohonan tertuduh untuk menggantung perlaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan, bagaimanapun denda keseluruhan perlu dibayar selewat-lewatnya pada 22 Jan tahun depan.
Hakim itu berkata mahkamah tidak mempercayai keterangan pembelaan tertuduh kerana keterangannya tidak konsisten dan hanya penafian semata-mata.
Bagi setiap pertuduhan tersebut, Shahanom dihukum penjara antara dua dan enam tahun serta didenda antara RM75,000 dan RM1.65 juta, dan kesemua hukuman itu diperintahkan berjalan serentak dan jika gagal membayar denda, dia akan dipenjarakan 26 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan agar barangan peribadi seperti kereta mewah, cincin, beg tangan dan jam tangan jenama Tag Heuer dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM940,000 dan sebuah kereta BMW bernilai RM140,000 daripada Pengarah Syarikat Bina Mekar Sdn Bhd, Ahsan Sabri Pang Abdullah dan pekerja syarikat tersebut, Te Boon Chun sebagai upah agar memberi diskaun kepada timbangan berat tembaga yang belum diproses.
Shahanom dituduh melakukan kesalahan tersebut di lima lokasi tempat letak kereta iaitu di bangunan Starhill Gallery, KL Festival City, Restoran Stadium Negara, Restoran ZK Al-Azmi Garden dan di pejabat Bina Mekar antara 11.30 pagi dan 9 malam, antara 5 Dis 2013 dan 18 Dis 2014.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abd Moin.
Fahmi memberitahu media bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, terhadap keputusan itu. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 21 2017
![Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513874741_Shahanom.jpg)
Shahanom dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - BERNAMA/Fail
![Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705870474_WanAhmadFayhsalP.jpg)
Ahli Parlimen Machang mungkin digantung 6 bulan
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkemungkinan bakal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Chelsea siasat laungan perkauman Enzo terhadap Perancis
Kelab bola sepak Chelase pada Rabu mengumumkan prosedur tatatertib ke atas pemain tengah mereka, Enzo Fernandez, susulan dakwaan telah mengeluarkan laungan bersifat perkauman terhadap Colombia, selepas memenangi Piala Copa America 2024 bersama skuad Argentina.
Lebih daripada 60 kanak-kanak ditahan, dipukul, diseksa di El Salvador
Lebih 60 kanak-kanak di El Salvador ditahan, diseksa dan dipukul secara rambang semenjak kerajaan mengisytiharkan darurat lebih dua tahun lalu untuk membanteras amalan gangsterime.
Datuk Bandar Paris berenang, yakin sungai Seine bersih
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo berenang di Sungai Seine menjelang acara olimpik sebagai usaha menyakinkan orang ramai bahawa kualiti sungai tersebut cukup bersih dan bersedia untuk digunakan.
Biden akan tarik diri jika doktor dedahkan ada masalah kesihatan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau akan menarik diri daripada Pilihan Raya Presiden jika doktor mendedahkan beliau mempunyai masalah kesihatan.
Wanita racun lima orang kemudian bunuh diri
Seorang wanita berusia 56 tahun dipercayai meracuni lima pelancong Vietnam dengan sianida yang dihidangkan dalam cawan kemudian meminum racun itu sendiri di sebuah hotel mewah di Bangkok, menurut polis pada Rabu.
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
![Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61513874741_Shahanom.jpg)
Rasuah: Bekas pengurus besar anak syarikat TNB dipenjara
Shahanom Uthman, 53, dihukum penjara enam tahun dan denda RM5.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.