PUTRAJAYA: Bekas Pengarah di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Pulau Pinang kekal dipenjara dan didenda selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuannya dan mengekalkan sabitan bersalah atas dua pertuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan RM50,818.50, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada 15 bulan terhadap Mohd Noor Rejab selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya umur perayu yang kini berusia 60 tahun.
Dalam keputusan sebulat suara, Kamaludin berkata mahkamah berpandangan tiada alasan kukuh untuk campur tangan dapatan mahkamah-mahkamah sebelum ini yang mendapati perayu bersalah atas kedua-dua pertuduhan dihadapinya.
"Kami telah melihat penghakiman Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi dan kami dapati kedua-dua mahkamah itu membuat dapatan yang konsisten. Dapatan yang dibuat adalah berdasarkan fakta dan kita tidak boleh ganggu fakta tanpa alasan. Kami minta maaf Encik Mohd Noor, kami tidak boleh buat apa-apa.
"Namun, peguam perayu (Mohd Noor) telah merayu terhadap hukuman dan setelah mempertimbangkan latar belakang, umur dan faktor lain dalam kes ini, mahkamah mengurangkan hukuman penjara tiga tahun kepada 15 bulan serta denda RM130,812.50 dikekalkan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan hukuman penjara satu tahun dikurangkan kepada enam bulan untuk kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
"Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berjalan secara serentak bermula hari ini," kata Kamaludin yang bersidang bersama-sama Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah.
Bekas penjawat awam itu telah membayar denda tersebut.
Sebaik sahaja mahkamah berhenti bersidang, Mohd Noor dilihat berpelukan dengan seorang wanita dipercayai anaknya dan cuba menenangkan ahli keluarganya itu.
Mohd Noor merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Julai 2019 yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM130,812.50 terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen George Town pada 18 Mei 2018.
Mohd Noor sebagai Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang didakwa telah menggunakan jawatannya itu bagi mendapatkan suapan iaitu dengan memperakukan baucar bayaran bertarikh 17 Okt 2013 bagi pembayaran membekalkan 'Lab Coat' untuk pembantu makmal di seluruh sekolah Pulau Pinang bernilai RM26,162.50 kepada Syarikat Nur Ehsan Maju Enterprise, yang mempunyai kepentingan terhadap dirinya.
Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 17 Okt 2013, mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Mohd Noor juga didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM24,656 melalui cek Maybank daripada seorang individu yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengan dirinya di Maybank Cawangan Penang Road, Pulau Pinang pada 24 Okt 2013, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim dan Mohd Fairuz Johari manakala perayu diwakili peguam Ashok Athimulan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
Mahkamah berpandangan tiada alasan kukuh untuk campur tangan dapatan mahkamah-mahkamah sebelum ini yang mendapati perayu bersalah atas kedua-dua pertuduhan dihadapinya. - Gambar hiasan/ Bernama
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
Rasuah: Bekas pengarah di ICU JPM Pulau Pinang dipenjara 15 bulan
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada tiga tahun kepada 15 bulan terhadap Mohd Noor Rejab selepas mempertimbangkan beberapa faktor terutamanya umur perayu yang kini berusia 60 tahun.