Pelan rasionalisasi subsidi minyak sememangnya tidak dapat dielakkan di negara-negara sedang membangun, termasuk Malaysia yang mengambil pendekatan melakukan pengurangan secara berperingkat.
Presiden Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata cadangan pengurangan subsidi minyak sebanyak 3 ribu rupiah atau bersamaan 81 sen oleh Indonesia dilihat satu langkah drastik, bagaimanapun dijangka dapat menjimatkan trilion rupiah dalam jangka pendek.
Katanya pengurangan secara berperingkat akan mengekang kenaikan harga barangan secara mendadak dan permintaan yang perlahan.
"Penjimatan daripada kenaikan harga minyak boleh dilaburkan semula kepada infrastruktur pengangkutan dan Indonesia masih memerlukan banyak jalan, pengangkutan awam dan sebagainya.
"Bagi kita, Malaysia lebih beransur-ansur supaya apa pun tindakan pengurangan subsidi ini tidak akan mengejutkan orang ramai dan tidak mengubah senario ekonomi kita dengan mendadak," katanya kepada Bernama.
Kerajaan baharu Indonesia akan mengurangkan subsidi petrol dan diesel sebelum hujung tahun ini untuk menangani masalah fiskal terbesar yang dialami negara tersebut iaitu subsidi minyak yang mencecah AS$23 bilion.
Kerajaan Indonesia akan memberi pampasan kepada masyarakat yang paling teruk terjejas oleh perubahan subsidi di negara itu.
Malaysia mengurangkan subsidi petrolnya secara berperingkat dengan langkah terbaru pengurangan sebanyak 20 sen ke atas RON95 dan diesel pada 1 Okt lepas.
Walaupun tidak popular, Hashim berkata langkah pengurangan subsidi minyak amat bertepatan, lebih-lebih lagi dengan masalah fiskal yang dihadapi kedua-dua negara.
Dengan kenaikan itu, kedua-dua kerajaan komited untuk membantu rakyat menghadapinya dengan Malaysia mengambil langkah melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia.
"Kerajaan mesti mencari jalan untuk menampung dan membantu pihak yang memerlukan, terutama golongan berpendapatan rendah.
"Contohnya, dengan menambahbaik pengangkutan awam, mengurangkan kos menaiki pengangkutan awam dan mengurangkan insurans kenderaan," katanya.
Bernama
Sun Nov 02 2014
Pengurangan secara berperingkat akan mengekang kenaikan harga barangan secara mendadak dan permintaan yang perlahan. -Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 7 hingga 13 Nov ini.
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden
Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Pasaran getah ditutup rendah dipengaruhi penurunan pasaran serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, berikutan aliran menurun di pasaran hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Polemik T15 timbul akibat kecelaruan dasar penyasaran subsidi - Mohd Syahir
Ahli Parlimen Bachok mendakwa polemik T15 yang timbul ketika ini adalah berpunca dari kecelaruan dasar penyasaran subsidi yang dibuat kerajaan tanpa kajian teliti.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 31 Okt hingga 6 Nov ini.
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.