BENTONG: Satu laporan polis dibuat terhadap seorang pempengaruh yang mengeluarkan kenyataan seksisme dan berunsur lucah terhadap Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Laporan itu dibuat oleh pegawai khas ahli Parlimen tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada Isnin.
Jelas Young Syefura yang mesra dipanggil Rara itu, perbuatan pempengaruh itu dimuat naik ke akaun TikTok dan Instagramnya yang kemudiannya tular.
Menurutnya,di dalam video tersebut, pempengaruh terbabit telah menyebut beberapa perkataan lucah berserta lenggok bahasa badan yang telah menyebabkan dirinya tidak selesa.
"Saya terbuka jika ada yang mempertikaikan pandangan dan idealogi politik saya. Setiap daripada kita berhak mempunyai pandangan masing-masing.
"Namun apa yang telah dilakukan oleh pempengaruh ini adalah satu serangan peribadi kepada saya dan juga ia berbaur lucah yang menjejaskan reputasi dan kehormatan saya sebagai seorang wanita dan ahli Parlimen," kata beliau dalam kenyataan pada Selasa.
Dalam video tersebut, pempengaruh itu berkata sedemikian merujuk kepada ucapan Ahli Parlimen Bentong dipercayai dalam Program Jelajah Perpaduan Madani Kedah pada Sabtu.
Ujar beliau, menyatakan seksisme dan gangguan sebegini sememangnya acap kali dihadapi oleh kaum wanita waima apa jua bidang kerja mereka dan ia bukanlah sesuatu yang normal dan perlu dihentikan.
Jelas Rara lagi, wanita berhak hidup di dalam persekitaran yang selamat tidak kira di mana jua mereka berada tanpa sebarang ancaman yang boleh menimbulkan ketakutan serta rasa tidak selesa.
"Tujuan saya membuat laporan tersebut adalah untuk memberikan pengajaran kepada semua pelaku jenayah gangguan seksual.
"Ia juga adalah untuk menggalakkan mangsa-mangsa jenayah gangguan seksual lain untuk berani tampil ke hadapan, tidak kira lelaki atau wanita," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 18 2023
YOUNG SYEFURA: Apa yang dilakukan oleh pempengaruh ini adalah satu serangan peribadi kepada saya dan juga berbaur lucah, menjejaskan reputasi dan kehormatan saya sebagai seorang wanita dan Ahli Parlimen. - Gambar fail
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
25 tokoh wanita dipilih menerusi inisiatif PERANTIS 2024 KPWKM - Nancy
Sebanyak 25 tokoh wanita yang berkelayakan daripada pelbagai latar belakang telah dipilih untuk menerima geran peruntukan menerusi Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) 2024.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.