Rapid Rail Sdn Bhd perlu menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi meminimumkan kemungkinan kerosakan yang dijangka mahupun tidak dijangka dalam pengendalian sistem Transit Aliran Ringan (LRT).
Presiden Majlis Belia Selangor Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata kajian dan tindakan penyelesaian segera juga perlu diambil jika faktor bekalan kuasa menjadi punca terjejasnya sistem pengangkutan LRT itu.
"Kemungkinan kerosakan yang berlaku tidak dapat dijangka pihak penyedia perkhidmatan pengangkutan awam. Namun meminimumkan kemungkinan kerosakan adalah tanggungjawab penyedia perkhidmatan ini," katanya yang juga Anggota Parlimen Kuala Selangor dalam kenyataan pada Sabtu.
Semalam, perkhidmatan LRT laluan dari Setiawangsa ke KLCC terjejas ketika waktu puncak 9.10 pagi apabila sebuah tren dari Stesen Datuk Keramat menuju ke Stesen Jelatek tiba-tiba berhenti di atas trek antara Stesen Datuk Keramat dan Damai sebelum ia dipulihkan pada pukul 11.45 pagi.
Rabu lepas, ribuan pengguna perkhidmatan LRT terkandas berikutan masalah teknikal yang menyebabkan keseluruhan perkhidmatan dari laluan Gombak hingga Putra Heights terjejas bermula 7 pagi dan kembali beroperasi sepenuhnya pada kira-kira 1.15 tengah hari.
Irmohizam turut mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan undang-undang khusus mengenai LRT yang menjurus terhadap kecuaian akibat kelalaian dalam penyelenggaraan.
"Kita tidak menolak sebarang kemungkinan yang boleh berlaku seperti mendatangkan bahaya kepada penumpang," katanya.
Bernama
Sat Sep 10 2016
Gambar fail tren LRT. - fotoBERNAMA
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.
Angka korban akibat gelombang haba di India cecah 170
Hospital di beberapa negeri sudah tidak mampu menampung pesakit akibat gangguan bekalan kuasa tambahan yang semakin terjejas.
Rapid Rail perlu semak semula SOP, minimumkan kerosakan perkhidmatan LRT
Kajian dan tindakan penyelesaian segera juga perlu diambil jika faktor bekalan kuasa menjadi punca terjejasnya sistem pengangkutan LRT itu.