BERIKUT adalah rangkuman tajuk utama berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Dua bekas kakitangan JMB kondo direman tujuh hari
Bekas setiausaha dan bekas akauntan sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, direman selama 7 hari bermula hari ini, berkaitan siasatan kes penyelewengan wang kira-kira RM1.5 juta daripada badan tersebut.
Kedua-dua suspek berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai telah melakukan penyelewengan tersebut sejak tahun 2010.
Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba dahului senarai penerima darjah kebesaran Wilayah Persekutuan
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba mengetuai senarai 375 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.
Abdul Ghafar yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia keenam iaitu dari 10 Mei sehingga 15 Okt 1993, dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
JDT layak ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia
Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pusingan kelayakan akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas menang tipis 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti ke atas kelab Thailand, Bangkok United pada pusingan kedua di Stadium Thammasat, Pathum Thani, malam ini.
Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1, termasuk ketika masa tambahan 30 minit.
Sekatan Trump: Ada negara baharu yang mungkin masuk senarai bergantung situasi
Rakyat dari tujuh negara majoriti Islam yang kini disekat secara sementara dari memasuki Amerika Syarikat (AS) atas arahan eksekutif Presiden Donald Trump mungkin akan terus disekat untuk satu tempoh yang lebih panjang, sementara mungkin ada negara-negara lain yang turut dimasukkan dalam senarai itu.
Kenyataan itu dikeluarkan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri John Kelly pada Selasa, lapor Reuters.
Di bawah arahan eksekutif yang dikeluarkan Jumaat lalu, mereka yang datang dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman tidak boleh memasuki AS selama sekurang-kurangnya 90 hari.
Amnesty dedahkan jenayah kemanusiaan dilakukan pihak berkuasa Filipina
Polis Filipina boleh berdepan dakwaan melakukan jenayah kemanusiaan apabila membunuh ribuan orang yang disyaki melakukan kesalahan dadah, atau membayar pihak lain untuk melakukan pembunuhan itu sebagai sebahagian daripada perang dadah Presiden Rodrigo Duterte.
Perkara itu dimaklumkan organisasi pemantau hak asasi manusia Amnesty International pada Rabu, lapor AFP.
Astro Awani
Wed Feb 01 2017
Rangkuman tajuk utama berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Rangkuman 5 Berita Utama: 9 Mac
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (9 Mac 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 3 Mac
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (3 Mac 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 2 Mac
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (2 Mac 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 28 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (28 Februari 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 23 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (23 Februari 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 21 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (21 Februari 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 16 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (16 Februari).
Rangkuman 5 Berita Utama: 7 Februari
Berikut adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Rangkuman 5 Berita Utama: 3 Februari
Berikut adalah rangkuman tajuk berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini (3 Januari 2017).
Rangkuman 5 Berita Utama: 2 Januari
BERIKUT adalah antara tajuk-tajuk berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini di Astro AWANI.