KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2021/2022) yang antara lainnya memberi ruang bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan tambahan 2021, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.
Ia merupakan antara empat RUU yang dibentangkan oleh Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah yang membentangkan kesemua RUU tersebut pada hari ini, berkata bacaan kali kedua akan turut dilakukan pada persidangan berkenaan.
Kementerian Kewangan turut mengemukakan RUU Syarikat Labuan (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Syarikat Labuan 1990 serta RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Perkhidmatan Kewangan 2010.
Turut dibentangkan adalah RUU Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan (Pindaan) 2022 untuk meminda Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Mohd Shahar Abdullah yang membentangkan kesemua RUU tersebut pada hari ini, berkata bacaan kali kedua akan turut dilakukan pada persidangan berkenaan.- Gambar fail

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Platform fail aduan, cabar tindakan turunkan kandungan media sosial akan diwujudkan
Pengguna media sosial boleh mempertahankan kandungan mereka melalui tribunal yang disediakan.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 jamin kebebasan Parlimen, bukti reformasi institusi
RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 penting bagi mengembalikan kebebasan Parlimen dan memastikan keberkesanan institusi itu menjalankan fungsinya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Media Malaysia mampu jamin integriti pengamal media
Dengan adanya usaha baik itu, integriti pengamal media boleh dijamin kerana ia akan diselia oleh pengamal media sendiri.

Dewan Rakyat lulus usul Laporan Ketua Audit Negara 1/2025
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2023.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

MOT gantung 247 lesen pengendali kenderaan
Pada 2024 APAD telah menggantung 23 Permit Kenderaan atas kesalahan ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.