Satu Rang Undang-undang baharu mengenai sumber air akan dirangka bagi menyelaraskan pengurusan air di seluruh negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata undang-undang itu kelak akan diperkenalkan sebagai templet kepada setiap negeri yang kini mengguna pakai sistem pengurusan mengikut cara masing-masing.
Rang itu akan dibentangkan kepada jemaah Kabinet selewat-lewatnya September ini, dan ke Parlimen selewat-lewatnya awal 2018.
"Buat masa ini ada negeri yang mempunyai non-revenue water (air terbazir) sehingga 40 peratus.
"Bersama Rang Undang-undang ini kita wujudkan satu jawatankuasa untuk menyelaras sistem pengurusan air bersepadu untuk seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas Sambutan Hari Air Sedunia 2017 yang bertemakan 'Waste water' peringkat kebangsaan di sini, hari ini.
Sambutan itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan turut dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Wan Junaidi berkata kementerian akan mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai rang tersebut.
"Ia juga bertujuan untuk menjelaskan bahawa undang-undang ini bukan bertujuan mengambil alih pengurusan air negeri sebaliknya untuk menyelaras secara bersepadu," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017

Menurut Wan Junaidi, rang itu akan dibentangkan kepada jemaah Kabinet selewat-lewatnya September ini, dan ke Parlimen selewat-lewatnya awal 2018. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Rang Undang-undang mengenai sumber air akan diwujudkan - Wan Junaidi
Satu Rang Undang-undang baharu mengenai sumber air akan dirangka bagi menyelaraskan pengurusan air di seluruh negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.