KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia yang dijangka digubal pada tahun hadapan, antara lain akan menyentuh isu berkaitan hasil pengiklanan kepada organisasi media.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu itu penting untuk diperincikan dan diberikan penekanan memandangkan ketika ini hasil daripada iklan hanya dibayar kepada syarikat penyedia platform media sosial dan bukannya kepada organisasi media.
"Saya lihat perlu ada keseimbangan, supaya ada sedikit pulangan kepada syarikat media ... (perkara) ini masih dalam perbincangan dan saya percaya semua pihak boleh dibawa ke meja rundingan supaya satu suasana yang kondusif dapat dilaksana dan direalisasikan.
"Kita boleh aplikasikan tentang bagaimana kita menguruskan isu berkaitan pelaksanaan 5G sebelum ini yang saya berupaya untuk jemput semua syarikat telekomunikasi duduk berbincang dan akhirnya semua setuju, jadi cara pengurusan itu boleh digunakan dalam ikhtiar selesaikan isu perbelanjaan pengiklanan ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian 'Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption' anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di sini hari ini.
Fahmi berkata beliau akan bertemu pengurusan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) hari ini, antara lain bagi membincangkan mengenai pelantikan Ketua Pengarah baharu agensi itu secepat mungkin.
Beliau berkata dalam pertemuan itu, beliau akan mendapatkan maklumat lanjut sama ada agensi berkenaan sudah ada pengganti Ketua Pengarah baharu yang dipilih ketika di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), memandangkan J-KOM baru sahaja dipindahkan ke Kementerian Komunikasi berkuat kuasa semalam.
"Sebelum ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah sebut ada pengganti telah dikenal pasti, namun dari segi pentadbirannya sama ada telah berkuat kuasa atau belum itu akan dipastikan dalam perjumpaan hari ini. Tiada tarikh akhir tapi pelantikan ini (Ketua Pengarah J-KOM) akan dibuat sesegera mungkin kerana ia penting, berikan saya sedikit masa," katanya
Ditanya sama ada pelantikan Ketua Pengarah J-KOM baharu adalah dalam kalangan penjawat awam atau lantikan luar, Fahmi berkata beliau belum mengetahuinya dan perkara itu akan dibincangkan sewaktu perjumpaan hari ini.
Pada 15 Nov lepas, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff mengesahkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM kepada Perdana Menteri, hanya sembilan bulan selepas dilantik menerajui agensi itu pada 2 Feb.
Terdahulu, dalam ucapan perasmian Fahmi berkata perbelanjaan pengiklanan ialah satu daripada cabaran serius dan terbesar yang dihadapi media tempatan dengan anggaran kerugian dihadapi pemilik organisasi media kira-kira RM2 bilion daripada jumlah RM4.5 bilion perbelanjaan iklan tahunan kepada tiga gergasi media sosial iaitu Meta, Google dan TikTok.
Beliau berharap platform media sosial akan mengadakan banyak sesi libat urus dengan organisasi media untuk membantu mereka menggunakan platform media sosial dengan berkesan dan cekap.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Fahmi hadir menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian 'Transcending Disinformation: Towards Responsible Media Consumption' anjuran Institut Pembangunan Penyiaran Asia Pasifik (AIBD) di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Rang undang-undang media Malaysia sentuh hasil iklan organisasi media - Fahmi
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia antara lain akan menyentuh isu berkaitan hasil pengiklanan kepada organisasi media.