PETALING JAYA: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA) pada sidang Parlimen akan datang yang dijadual bermula 9 Okt ini.
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata sebaik sahaja ia berkuat kuasa, EECA akan menjadi rangka kerja perundangan dan kawal selia yang menggalakkan kecekapan tenaga di negara ini.
"Ia akan dibentangkan dalam persidangan Parlimen tahun ini. Kami berharap sekurang-kurangnya ia diselesaikan hingga bacaan kedua," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap tama dalam Persidangan Bangunan Hijau Antarabangsa 2023 di sini hari ini.
Nik Nazmi berkata draf RUU EECA telah diusahakan sejak beberapa tahun lepas dan pada Mac lepas dilaporkan ia berada di peringkat kajian dan akan dimuktamadkan sebelum dihantar ke Jabatan Peguam Negara serta dibentangkan kepada Kabinet.
"Ia komponen penting untuk objektif sifar-bersih (pelepasan sifar bersih) kita kerana sifar bersih bukan sahaja bermaksud tenaga boleh diperbaharui (RE), tetapi ia juga kecekapan tenaga (EE).
"Apabila anda lebih cekap anda akan menggunakan kurang tenaga dan kurang keperluan untuk membina loji kuasa yang baharu, yang merupakan bahagian penting dalam persamaan (keseimbangan antara jumlah gas rumah hijau (GHG) yang dihasilkan dan jumlah yang disingkirkan daripada udara)," katanya.
Beliau berkata RUU EECA merupakan pemangkin penting kerana negara lain telah mempunyai beberapa bentuk perundangan kecekapan tenaga.
"Kami telah berusaha keras untuk ia akhirnya dibentangkan di Parlimen," kata Nik Nazmi.
Menurutnya RUU itu dikaitkan dengan daya saing komersial dan perindustrian, manfaat kepada keselamatan tenaga dan alam sekitar seperti pengurangan pelepasan karbon.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Nik Nazmi (tengah) ketika menghadiri Persidangan Bangunan Hijau Antarabangsa 2023 hari ini. -Bernama

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam melalui Perhilitan akan mengambil langkah proaktif bagi membanteras perdagangan hidupan liar di pintu masuk negara.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

NRES cadang serah kuasa kepada PDRM perkasa usaha tangani jenayah alam sekitar - Nik Nazmi
NRES sedang mempertimbangkan untuk menyerahkan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kepada PDRM bagi memperkasa usaha menangani jenayah alam sekitar.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

44 kilang e-waste haram diambil tindakan setakat hujung tahun lepas - Nik Nazmi
Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan terhadap 44 kilang memproses buangan elektronik (e-waste) haram sehingga 31 Dis lepas.

Tingkah laku rasis dan kenyataan diskriminasi tiada tempat dalam masyarakat - Gobind
Gobind berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menyakitkan hati tetapi juga merosakkan keharmonian kaum.

NRES cadang bangunkan kebun di tanah JKPTG - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam berhasrat membangunkan kebun komuniti di tanah Persekutuan di bawah kendalian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Kerajaan teliti perkenal perundangan nasional atasi pencemaran plastik dalam RMK-13
Kerajaan sedang melihat bentuk perundangan di peringkat nasional, yang akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah pencemaran sisa plastik dalam RMK13.

Populasi Harimau Malaya tunjuk perkembangan positif - Nik Nazmi
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif.