KUALA LUMPUR: Usaha merancakkan dan mengarusperdanakan penglibatan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam ekonomi digital harus dilipat ganda.
Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata dengan kemunculan platform dalam talian, peluang keusahawanan digital kini dilihat lebih inklusif dari semasa ke semasa kepada golongan itu.
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan melancarkan Pelan Hala Tuju Ekonomi Digital Inklusif OKU.
"Ini akan membolehkan dan membuka ruang serta platform kepada komuniti (OKU) untuk terlibat secara langsung dalam ekonomi digital terutamanya perniagaan dalam talian," katanya ketika berucap dalam Bengkel Usahawan OKU Sentral dan Maxis di sini, hari ini.
Menurut Ras Adiba prinsip pekerja harus menguasai penggunaan teknologi bagi kebolehpasaran mereka juga terpakai kepada golongan OKU bagi meningkatkan peluang mereka dalam mencari pekerjaan kalis masa hadapan serta meningkatkan rangkuman sosial.
Beliau juga berharap agar kerajaan dan pihak korporat dapat memainkan peranan bagi memastikan OKU turut serta dalam agenda pendigitalan serta berusaha menurunkan kadar atau jurang kemiskinan digital dalam kalangan komuniti itu.
Katanya penglibatan sektor swasta dalam program kepelbagaian pembekal juga boleh meningkatkan akses kepada pasaran untuk belia kurang upaya.
"Contohnya, Google menjalankan program kepelbagaian pembekal perniagaan kecil yang merangkumi perniagaan kecil milik orang kurang upaya," katanya.
Beliau berkata kemahiran digital juga dilihat mampu membantu wanita muda kurang upaya untuk menjana pendapatan secara dalam talian meskipun berada di rumah.
"Pekerjaan digital boleh memberi kelebihan kepada wanita muda kurang upaya yang mengalami diskriminasi tambahan di tempat kerja (yang) mengehadkan peluang kemajuan mereka dan menghadapi tekanan masyarakat atau keluarga yang tidak menggalakkan pekerjaan formal mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 21 2022

Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata dengan kemunculan platform dalam talian, peluang keusahawanan digital kini dilihat lebih inklusif dari semasa ke semasa kepada golongan itu. - Gambar fail/BERNAMA

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Melaka salur insentif RM99,775 kepada atlet Para SUKMA Sarawak 2024
Kerajaan negeri hari ini menyalurkan insentif RM99,775 kepada atlet, pengurus pasukan dan jurulatih yang berjaya membawa pulang pingat pada temasya Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2024.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

OKU kutip makanan tamat tempoh tampung hidup lima beranak
Kesusahan hidup memaksa seorang lelaki kurang upaya (OKU) memberi makanan tamat tempoh kepada keluarganya bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.