Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, hari ini mencabar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy untuk bertanding di Kajang pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.
Presidennya, Ramesh Rao berkata cabaran ini diajukan kepada Waythamoorthy kerana beliau selalu membuat tuduhan bahawa Barisan Nasional (BN) menipu masyarakat India di negara ini.
“Kalau cerita Waythamoorthy ini betul, kami cabar dia untuk bertanding di Kajang dan ulangi cerita ini kepada penduduk di Kajang.
“Kalau Waythamoorthy tiada duit deposit, kami akan beri dia duit deposit. Jikalau beliau berjaya mendapatkan lebih 2,000 undi orang India, kami akan sokong dia,” kata Ramesh dalam suatu sidang media.
Ramesh yang turut disertai oleh Ikatan Rakyat Muslim Malaysian dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) berkata dakwaan Waythamoorthy bahawa kerajaan BN zalim adalah tidak berasas.
“Kalau BN zalim, mana ada kuil atau sekolah Tamil? HINDRAF kata sekolah Tamil ditutup kerana BN zalim. Ini tidak benar..sekolah Tamil ditutup kerana tidak cukup murid.
“Kepada mereka-mereka yang pertikaikan isu sekolah Tamil, diamlah!
“Hantar anak kamu ke sekolah Tamil dahulu,” katanya.
Ramesh turut mendakwa Waythamoorthy telah mengeluarkan kenyataan bahawa 300,000 kaum India tidak mempunyai kad pengenalan dan ianya merupakan satu tuduhan yang menyentuh sentimen kaum India di negara ini.
“Waythamoorthy membuat dakwaan itu semasa pilihan raya umum ke 13 dan ia adalah satu fitnah yang serius.
“Saya telah memeriksa dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tiada laporan dibuat tentang perkara itu.
“Dia tidak ada bukti. Kalau ada bukti kami akan tolong habis-habisan untuk warga Malaysia yang tiada kad pengenalan untuk mendapatkannya," tambahnya.
Ramesh turut menggesa kerajaan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat Waythamoorthy di atas kenyataan tidak berasas itu.
T K Letchumy Tamboo
Tue Mar 04 2014

Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ramesh cabar Waythamoorthy bertanding di Kajang, sanggup bagi deposit
Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mencabar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waythamoorthy untuk bertanding di Kajang.

Hishammuddin: Waytha biadap, tamak, tidak ikhlas
Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan-tindakan pengerusi HINDRAF P. Waythamoorthy sebagai biadap dan melampaui batas.

MIC bincang cadangan gabung dengan PPP, IPF & Makkal Sakhti
MIC akan duduk semeja dengan parti-parti politik mewakili kaum India untuk membincangkan kemungkinan kesemua parti berkenaan bergabung.

Palanivel tetap mahu Unit Hal Ehwal kaum India diterajui MIC
Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel mahu Unit Hal Ehwal kaum India di bawah Jabatan Perdana Menteri diletakkan di bawah kepimpinan parti itu dan bukan Hindraf.

Pemimpin Hindraf Waythamoorthy terima kejutan pelantikan
Pelantikan mengejut peguam berusia 47 tahun itu dijangka membawa gelombang harapan bagi meningkatkan tahap kehidupan masyarakat India di negara ini.

Samy Vellu: Pelantikan Waythamoorthy tidak sekat MIC
MIC akan terus menjadi payung kepada masyarakat India di di negara ini walaupun dengan pelantikan mengejut pengerusi Hindraf P. Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.