Mahkamah Tinggi Melaka hari ini gempar apabila seorang orang kena tuduh (OKT) mengalami sesak nafas dan rebah di dalam kandang tertuduh dan dikejarkan ke hospital selepas mendengar keputusan hakim terhadap rayuan hukumannya atas kesalahan mencabul pekerja kafe lelaki tiga tahun lalu.
Pada 30 Mei tahun lalu, Deraman Abu Chek, 60 tahun sebelum ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Bagaimanapun, penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu dibenarkan sehingga rayuan dikemukakan dan didengar oleh Mahkamah Tinggi sehingga Hakim Siti Khadijah S. Hassan Badjenid hari ini mengurangkan hukuman penjara kepada dua minggu dan menaikkan jumlah denda menjadi RM10,000.
Setelah mendengar keputusan itu, Deraman yang juga seorang pesara kerajaan secara tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans.
Berdasarkan pertuduhan, Deraman didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Kari merayu mahkamah untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada anak guamnya dan menggantikannya dengan menaikkan jumlah denda kepada tertuduh.
Bagaimanapun, prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazril Ghazali bertegas memohon mahkamah untuk mengekalkan hukuman yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Majistret pada 30 Mei 2016 lalu.
Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Hakim Siti Khadijah memutuskan hukuman penjara dua minggu dan denda RM10,000, sebelum keadaan mahkamah menjadi kecoh.
Astro Awani
Thu Mar 23 2017
![Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman tersebut. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wanita didakwa dera kanak-kanak pengsan di kandang tertuduh Wanita didakwa dera kanak-kanak pengsan di kandang tertuduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61649916750_penukul.jpg)
Wanita didakwa dera kanak-kanak pengsan di kandang tertuduh
Prosiding Mahkamah Sesyen di sini hari ini dihentikan seketika selepas seorang wanita yang menghadapi pertuduhan kes mendera cucunya, rebah ketika berdiri di dalam kandang tertuduh semasa pertuduhan k
![Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Ramas kemaluan lelaki: Tertuduh berusia 60 tahun rebah selepas dengar hukuman
Tertuduh didapati meramas kemaluan seorang lelaki berusia 26 tahun di dalam tandas lelaki aras bawah UTC Melaka sekitar jam 7.30 malam pada 19 Mac 2014.
![Lelaki kes samun menangis dan menjerit selepas bapa tarik jaminan Lelaki kes samun menangis dan menjerit selepas bapa tarik jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/71463672203_CourtGavel.jpg)
Lelaki kes samun menangis dan menjerit selepas bapa tarik jaminan
Prosiding di Mahkamah Sesyen di sini pagi ini kecoh apabila seorang lelaki di dalam kandang tertuduh menangis dan menjerit-jerit selepas bapanya menarik semula jaminan.