Jabatan Kesihatan Kelantan mendapati ramai pesakit yang masih keliru mengenai cara pengambilan ubat pada bulan puasa ini.
Penolong Pengarahnya Mohammad Aswady Adenan berkata langkah terbaik ialah mereka merujuk kepada doktor atau ahli farmasi untuk mengetahui cara pengambilan ubat yang betul.
"Pengambilan ubat pada bulan puasa dibolehkan, cuma ia terhad. Jadi pesakit perlu membuat perubahan terhadap masa pengambilan ubat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, pada Isnin.
Beliau berkata kekeliruan tersebut timbul bagi pesakit yang kebiasaanya mengambil ubat dua hingga empat kali sehari.
Katanya pesakit yang dibekalkan dengan ubat-ubatan sebegitu perlu berbincang dengan doktor atau ahli farmasi supaya diberikan ubat alternatif.
"Contohnya, jika pesakit diberikan 'antibiotic calxacilin' yang perlu diambil empat kali sehari, pesakit boleh berbincang dengan doktor untuk diberikan antibiotik dalam kumpulan yang sama seperti amoxicillin yang perlu diambil tiga kali sehari atau augmentin yang perlu diambil dua kali sehari.
Bagi pesakit yang perlu mengambil ubat tiga kali sehari, masa pengambilannya ialah sebelum makan iaitu sebelum bersahur dan selepas berbuka (sebelum mengambil menu utama) dan sebelum tidur," katanya.
Beliau berkata masa pengambilan ubat bagi pesakit yang perlu makan dua kali sehari biasanya sebelum bersahur dan selepas berbuka iaitu sebelum mengambil menu utama.
Bernama
Mon Jun 30 2014
![Ramai pesakit masih keliru mengenai pengambilan ubat pada Ramadan Ramai pesakit masih keliru mengenai pengambilan ubat pada Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/41404143066_295x200.jpg)
Pengambilan ubat pada bulan puasa dibolehkan, cuma ia terhad, kata Penolong Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Mohammad Aswady Adenan.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712138118_TBSAMPULRAYABENDI.jpg)
Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.
![Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711708302_TBbuburlambukjp.jpg)
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
![Masjid Istiqlal diiktiraf masjid hijau pertama di dunia Masjid Istiqlal diiktiraf masjid hijau pertama di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649308992_masjidistiqlal.jpg)
Masjid Istiqlal diiktiraf masjid hijau pertama di dunia
Pengiktirafan daripada IFC itu setelah mengambil kira seni bina dan fungsi rumah ibadah berkenaan yang mesra persekitaran.
![Jutaan umat Islam sedunia jadikan Ramadan peluang cermin diri Jutaan umat Islam sedunia jadikan Ramadan peluang cermin diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-05/51526566699_Egypt.jpg)
Jutaan umat Islam sedunia jadikan Ramadan peluang cermin diri
Puasa mengajar orang Islam supaya lebih taat dan dekat dengan perintah Allah selain mengingatkan mereka kepada golongan yang kurang bernasib baik.
![Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559361530_sesakbaskenderaan.jpg)
Balik kampung: Jaga adab dan akhlak di jalan raya
Punca utama kemalangan di jalan raya adalah daripada perangai, akhlak dan sikap pemandu itu sendiri.
![Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51528940550_sesakraya.jpg)
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan akaun Twitter.
![AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61467177001_JabatanPengangkutan.jpg)
AADK sasar sifar pemandu bas ekspres terlibat dadah
AADK menjalankan operasi bersepadu setiap tahun dengan kerjasama JPJ dan PDRM yang dilaksanakan seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.
![Baju percuma di stesen minyak sempena Ramadan Baju percuma di stesen minyak sempena Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41557894364_baju.jpg)
Baju percuma di stesen minyak sempena Ramadan
Sebuah stesen minyak Shell di Batu Berendam, Melaka tidak ketinggalan memanfaatkan bulan ini dengan memberi pakaian terpakai percuma.
![Beg plastik hitam dengan bungkusan makanan Beg plastik hitam dengan bungkusan makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557278678_JAIPk.jpg)
Beg plastik hitam dengan bungkusan makanan
Tidak lagi makan di premis makanan, umat Islam yang tidak berpuasa didapati membungkus makanan menggunakan beg plastik hitam.
![Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61557259232_azhan-rani-maaf.jpg)
Azhan Rani maafkan pemilik produk guna gambar tanpa kebenaran
Azhan juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka dan menganggap isu tersebut sudah selesai.