Ramai tidak mematuhi amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan kes rasuah SRC International.
Situasi itu menimbulkan keraguan dan kebimbangan bagi pemerhati perjalanan kes penghakiman tersebut, sama ada di siaran media rasmi, mahupun dalam kalangan netizen di media sosial.
Berdasarkan pemerhatian wartawan Astro AWANI di lokasi, anggaran lebih 1,000 penyokong hadir ke perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, dengan sebahagian besar daripada mereka menaiki 11 buah bas.
Kesemua mereka hadir seawal pukul 6 pagi dengan memakai baju merah dan biru serta melaungkan ‘Hidup Bossku’ dan sebagainya.
Difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan arahan pada 11.15 pagi kepada orang awam yang berada di sekitar Kompleks Mahkamah itu supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Polis turut mengarahkan orang ramai agar menjaga penjarakan sosial dan memakai pelitup muka menggunakan pembesar suara daripada kereta peronda polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, pihaknya sentiasa mengingatkan pegawai dan anggotanya untuk memantau keadaan di sekeliling mahkamah bagi menghindari situasi tidak diingini.
"Peringatan disampaikan menerusi pembesar suara untuk individu terlibat mematuhi penjarakan sosial," katanya.
Pihak polis juga akan mengingatkan orang awam mengenai SOP COVID-19 dari semasa ke semasa.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa berhubung tujuh pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang secara haram melibatkan SRC International Sdn Bhd.
Astro Awani
Tue Jul 28 2020
![Ramai bimbang 'kluster mahkamah', polis ingatkan penyokong Najib tentang penjarakan sosial Ramai bimbang 'kluster mahkamah', polis ingatkan penyokong Najib tentang penjarakan sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595910138_KEPUTUSANSRC.jpg)
Sebahagian daripada orang awam dan penyokong Najib Razak yang hadir di hadapan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Selasa. - Bernama
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati ke atas bapa
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
Keluarga mohon henti keluar kenyataan guris hati
Keluarga Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor petang Isnin memohon pihak media dan orang ramai berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga.
Enam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Polis Thailand dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada kakitangan Hotel Grand Hyatt Erawan pada jam 5.30 petang yang memaklumkan mengenai penemuan mayat itu.
Jelas kenyataan itu lagi, kesemua mangsa merupakan warga asing.
Disyaki terima rasuah melebihi RM300,000, ketua pegawai operasi ditahan
Seorang Ketua Pegawai Operasi syarikat konsesi lebuh raya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000.
Mahkamah tolak rayuan Jason Lo
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat telekomunikasi tempatan, Jason Jonathan Lo hari ini gagal mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menolak samannya terhadap Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berhubung dua artikel yang diterbitkan pada 2019 dan 2020.
![Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720972575_TBTOURDEFRANCE.jpg)
Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.
![Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633497514_RTKAntigenKit.jpg)
Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Semakan menunjukkan peruncit dan farmasi mempunyai bekalan yang mencukupi dan sedang mengisi semula stok di premis mereka.
![Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022 Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638890839_DatukSeriDrWanJ.jpg)
Bahagian 11 Akta 829 dilanjutkan sehingga 22 Okt 2022
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata pelanjutan itu telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri pada 22 Dis.
![COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61622597704_CHINESECOPPERHEADSNA.jpg)
COVID-19: Kajian dakwa bisa ular mungkin jadi penghalang pembiakan virus
Molekul dari bisa ular kapak jenis 'jararacussu pit' itu mampu mengekang pembiakan virus tersebut sebanyak 75 peratus di dalam monyet.
![UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41629678683_TBPICBLUE.jpg)
UK tawar ujian antibodi COVID-19 kepada orang ramai
Program itu bertujuan untuk menghasilkan data tentang perlindungan antibodi bagi individu mengikut jangkitan varian COVID-19 berbeza.
![COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627380720_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
COVID-19: 19,807 kes baharu, 232 kematian dalam 24 jam
Selangor masih melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,379 kes diikuti Sabah (2,638 kes) dan Kedah (1,948 kes).
![COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628066925_DGHisham.jpg)
COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.
![COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618176961_COVID.jpg)
COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian
Jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.
![COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41623235329_AnggotaRela.jpg)
COVID-19: 35 kluster baharu direkodkan, 21 daripadanya kategori tempat kerja
Kategori komuniti pula merekodkan 11 kluster manakala kluster lain yang dikesan KKM ialah kategori Institusi Pendidikan dan Kumpulan Berisiko Tinggi.
![COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627391840_DrNoorHisham.jpg)
COVID-19: 85 pesakit kritikal antara tumpuan kenyataan media KKM
Trend jangkitan baharu COVID-19 menunjukkan penurunan berbanding semalam dengan pertambahan sebanyak 19,740 kes.