MUAR: Pejabat Parlimen Muar diarah ditutup oleh polis setelah menerima kehadiran 'luar biasa' orang ramai ke pusat berkenaan untuk menerima bantuan sejak Ahad lalu.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihak polis telah datang ke pejabat itu pada Selasa dan mengarahkan ia ditutup.
Beliau memaklumkan, sejak Ahad lalu, Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar.
"Biasanya ada kira-kira 150 keluarga datang setiap hari. Tapi sejak dua hari lepas (Ahad), jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi.
"Orang sedang susah, lapar dan sakit, mereka wajib dibantu.
"Pejabat saya tak boleh tolak orang yang mahu datang. Nak suruh mereka pulang sebab orang ramai, tak sampai hati.
"Rakyat Parlimen Muar adalah tanggungjawab saya," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Selasa.
Bagaimanapun, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan, beliau dan pasukannya sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi semasa pengagihan bantuan makanan berkenaan.
Jelasnya, mereka menyediakan sistem kupon yang mana 100 kupon setiap hari untuk mengambil bantuan makanan kepada 100 keluarga.
Selain itu, katanya, khidmat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) juga digunakan untuk mengawal situasi di luar pejabat.
"Kami sudah hantar surat, mohon pihak polis untuk bantu jaga semua yang hadir ke pejabat.
"Saya juga sudah agihkan sejumlah bantuan makanan kepada semua ketua kampung untuk agihkan di kawasan masing-masing.
"Had jumlah pengunjung ke dalam pejabat juga kami buat. Yang lain, perlu beratur dengan jarak sesuai di luar pejabat," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan makanan segera dan beliau tidak boleh dan tidak akan sesekali halang rakyat di Parlimen Muar untuk datang ke pejabat itu.
Penutupan itu, katanya, akan menyebabkan edaran bantuan makanan akan lebih lambat sampai ke tangan keluarga penerima.
Jelas Syed Saddiq, bantuan rumah ke rumah ada dibuat, tetapi mengambil masa dan beliau kini memikirkan cara lain untuk mengedarkan bantuan dengan cepat.
"Realitinya, ramai lagi rakyat Parlimen Muar yang susah, lapar dan sakit.
"SOP memang dipatuhi, tetapi saya memang tidak boleh kawal jumlah penerima yang datang ke pejabat.
"Kalau mahu kenakan kompaun kepada orang ramai yang datang ke pejabat, saya minta jangan kompaun mereka. Kompaun saya tak apa.
"Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Urusan bantuan makanan ini pun urusan saya dan pejabat saya. Jangan tambah beban rakyat Parlimen Muar.
"Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian: Ramai beratur terima bantuan, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup
Sinar Harian
Wed Jul 14 2021
Pejabat Parlimen Muar diarah ditutup oleh polis setelah menerima kehadiran 'luar biasa' orang ramai ke pusat berkenaan untuk menerima bantuan sejak Ahad lalu. -Facebook Syed Saddiq
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Ramai beratur terima bantuan, Pejabat Parlimen Muar diarah tutup
Beliau memaklumkan, sejak Ahad lalu, Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar.