'Rakyat susah? Mana ada! Mati sebab terlebih makan!' - Bung Moktar
Kadar obesiti di Malaysia merupakan bukti rakyat negara ini tidak susah disebabkan ekonomi.
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Wed Mar 07 2018
Mana ada semua itu. Saya lihat negara kitalah yang paling banyak rezeki makanan.
Kadar obesiti di Malaysia merupakan bukti rakyat negara ini tidak susah disebabkan ekonomi.Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan) berkata ini kerana ramai yang 'terlebih makan'.
"Saya dengar Ketua Pembangkang kata banyak orang tiada peluang pekerjaan, kurang dapat makanan berkhasiat. Saya rasa ini penyebaran berita palsu.
"Mana ada semua itu. Saya lihat negara kitalah yang paling banyak rezeki makanan.
"Banyak orang mati. Mati lebih makan. Banyak obesiti, banyak kencing manis, banyak sakit jantung sebab hari-hari makan daging. Hari-hari makan ayam," kata Bung Mokhtar.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini.