Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri menggesa rakyat menolak dan mengetepikan propaganda pihak tertentu yang memburuk-burukkan pencapaian negara sejak merdeka.
Beliau berkata jika Malaysia tidak diurus dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah terlalu mustahil negara boleh menjadi sedemikian maju sehingga menjadi ikon disegani dan dihormati oleh majoriti negara sedang membangun di dunia ini.
"Hakikat dan kenyataan bahawa kadar pengangguran di tahap tiga peratus atau situasi guna tenaga penuh dan tidak kurang lima juta warga asing datang ke Malaysia dari pelbagai negara untuk mencari rezeki di sini adalah bukti jelas tentang kejayaan negara.
"Jika negara tidak aman, tidak stabil dan miskin sudah tentu rakyat Malaysia berduyun-duyun ke luar negara mencari kehidupan dan mustahil pula orang akan datang ke negara ini," katanya.
Abdul Rahim yang juga anggota Parlimen Kudat berkata demikian di majlis berkhatan beramai-ramai di Hospital Daerah Pitas melibatkan 100 orang remaja yang turut dihadiri ramai ibubapa sempena aktiviti kebajikan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kudat di sini, hari ini.
Beliau berkata pendekatan dasar ekonomi terbuka, liberal dan pragmatik serta tidak terikat dengan sesuatu ideologi yang keras seperti yang diamalkan oleh kebanyakan negara komunis dan sosialis memungkinkan Malaysia menarik minat golongan peniaga, pelabur domestik dan pelabur asing.
Katanya, kestabilan politik hasil kebijaksanaan rakyat memilih kerajaan yang amanah dan bertanggungjawap menjadikan kerajaan mampu melakukan perubahan dasar mengikut kehendak semasa, iaitu sesuatu yang diminati peniaga dan pelabur menjadikan kemakmuran berterusan di negara ini.
"Oleh itu, rakyat perlu sekali lagi menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneruskan mandat kerajaan sedia ada dalam pilihan raya akan datang supaya kesinambungan dasar yang dirancang dapat dilaksana dan transformasi yang berlaku dalam negara di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tergendala sekerat jalan," katanya.
Di majlis itu Rahim menyampaikan pelbagai bantuan kepada lebih 100 orang penerima bantuan khairiat kematian, pesakit kronik, ditimpa bencana dan pelbagai bantuan kebajikan kepada penduduk golongan kurang bernasib baik.
Bernama
Thu Dec 27 2012
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Dakwaan ADUN kerajaan Perak tarik sokongan hanya propaganda pembangkang - Chang Lih Kang
Dakwaan kononnya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Perpaduan Perak akan mengubah sokongan hanya propaganda pembangkang.
Anwar sifatkan Pakatan Nasional propaganda pembangkang
Anwar Ibrahim melihat tiada asas mengapa Pakatan Nasional perlu ditubuhkan.
Jangan terikut-ikut propaganda pembangkang - Khalid Samad
Kepimpinan Amanah bersikap terbuka menerima kritikan perwakilan terhadap beberapa inisiatif kerajaan PH, kata Pengarah Komunikasi parti itu, Khalid Abdul Samad.
Rakyat perlu tolak propaganda pembangkang
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri menggesa rakyat menolak dan mengetepikan propaganda pihak tertentu yang memburuk-burukkan pencapaian negara sejak merdeka.