Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesejahteraan rakyat terutama golongan kurang bernasib baik wajar diberi perhatian kerana mereka mempunyai 'kuasa' dalam menentukan pemerintahan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata kuasa rakyat itu akan diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada kerajaan pada setiap kali Pilihan Raya Umum (PRU).
"Rakyat perlu diberi kepedulian kerana kuasa rakyat adalah kuasa keramat setiap lima tahun sekali," katanya ketika menutup Kembara Kebajikan 1Malaysia anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Mengenai program berkenaan, Ahmad Zahid berkata ia wajar diteruskan kerana berjaya memberi kesan positif dalam kehidupan masyarakat terutama golongan kurang bernasib baik.
Pada sidang media kemudian, Ahmad Zahid berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat terus menambah bilangan penerima bantuan di seluruh negara.
Pada masa sama, beliau berharap bantuan yang diberikan kepada kumpulan penerima terutama golongan kurang berkemampuan dapat ditingkatkan sesuai dengan keperluan mereka.
"Dari segi bantuan oleh kementerian serta agensi berkaitan memang masih tidak puas hati lagi kerana kita faham ada kekangan kewangan.
"Bagaimanapun, kita berharap sumbangan yang diberikan akan memberi faedah kepada penerima...pada masa sama penerima sumbangan haruslah berterima kasih," katanya.
Sementara itu, Rohani berkata pihaknya berhasrat mengadakan program Kembara Kebajikan 1Malaysia setiap tahun, berbanding dua tahun sekali ketika ini.
"Semangat kesukarelawan dan tolong menolong dalam kalangan masyarakat yang diterapkan dalam program ini perlu diperluaskan agar lebih banyak kumpulan sasar dapat dibantu," katanya.
Terdahulu, Rohani melakukan lawatan ke tiga buah rumah yang terlibat dalam program 'Home Help' di sini, selain menyampaikan bantuan serta keperluan harian.
Antara yang menerima bantuan ialah Halimah Mansor, 76, yang bukan sahaja uzur, malah terpaksa menjaga suami Mohd Rasid Shaari, 78, yang terlantar sakit akibat strok.
Halimah yang mempunyai seorang anak angkat golongan kurang upaya (OKU), berkata selama ini beliau bergantung kepada bantuan penjagaan pesakit terlantar daripada JKM sebanyak RM300 sebulan bagi menyara kehidupan keluarga.
Bernama
Sun Apr 10 2016
AHMAD ZAHID: Rakyat perlu diberi kepedulian kerana kuasa rakyat adalah kuasa keramat setiap lima tahun sekali. - Gambar fail
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Disember 2024
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
Dongeng Sang Kancil: Sambutan luar biasa, tiket laris terjual
Filem animasi Dongeng Sang Kancil mendapat sambutan luar biasa dengan tiket untuk tayangan di pawagam laris terjual.
Dua dekad tsunami: Ibu masih menanti kepulangan anak lelaki
Saudah masih ingat dengan jelas bunyi gegaran yang datang selepas gempa bumi bermagnitud 9.1 pada 2004, yang menyebabkan dua anaknya termasuk anak lelaki berusia enam tahun hilang sehingga hari ini.
Kemalangan libat lori di lebuh raya cenderung sebabkan kematian
Kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati kemalangan libatkan lori di lebuh raya lebih cenderung untuk mengakibatkan kematian berbanding jalan raya lain seperti Jalan Persekutuan, Jalan Negeri dan Jalan Perbandaran.
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Luqman Hariz menghuraikan data mengenai 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.
Pelaburan berimpak tinggi di SOGIP dijangka beroperasi pada 2026, 2027 - Hajiji
Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Datuk Ngwe Hee Sem berkata Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Krismas: Ahmad Zahid, Fadillah ajak rakyat Malaysia bersama-sama fahami kepentingan perpaduan
Ahmad Zahid Fadillah mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama memahami kepentingan perpaduan, keharmonian dan saling menghormati.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada pesilat Thamaraj raih juara dunia
Beliau berkata Thamaraj mencipta sejarah tersendiri menewaskan pesilat Uzbekistan untuk bawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.
RISDA diminta memperbanyak pusat pengumpulan getah - Ahmad Zahid
RISDA telah diminta untuk memperbanyak pusat pengumpulan getah di seluruh negara antara lain bagi menambah pendapatan pekebun kecil.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor
Reaksi Tengku Zafrul yang didakwa menunjukkan minat untuk menyertai PKR disifatkan lebih baik berbanding beliau memilih untuk menyertai pembangkang.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.