Rakyat dan peniaga menjadi mangsa apabila Kerajaan gagal membayar balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mengikut tempoh masa yang dijanjikan.
Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia merupakan kepincangan besar yang tidak boleh dipandang rendah selepas enam bulan GST dilaksanakan.
"Kelewatan bayaran balik GST ini telah ditimbulkan sebelum ini oleh pelbagai pihak baik peniaga sendiri atau dewan-dewan perniagaan. Bagaimanapun kerajaan hanya memberi pengesahan semalam bahawa selama ini telah lewat membayar balik GST kepada peniaga," katanya semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong mengesahkan sejak GST dilaksanakan, hanya 41 peratus bayaran balik dibuat mengikut undang-undang dalam tempoh 14 hari dari tarikh borang difailkan.
Oleh itu jelas Mohd Rafizi, sebanyak 59 peratus daripada bayaran balik setakat ini tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan Kerajaan sendiri.
"Sebanyak 59 peratus peniaga lewat terima bayaran balik akan membawa kesan kepada aliran tunai peniaga. Apabila aliran tunai terjejas, ia sekali gus meningkatkan kos perniagaan yang boleh menyebabkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.
"Saya tidak boleh menerima alasan Timbalan Menteri Kewangan semalam ia merupakan perkara biasa pada awal pelaksanaan GST kerana rakyat sudah membayar GST sejak 1 April lepas.
"Kerajaan perlu berlaku adil kepada peniaga dan rakyat. Jika Kerajaan dapat membayar balik GST tepat pada masanya, barulah adil rakyat membayar GST tepat pada masanya seperti yang diperuntukkan undang-undang," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, Mohd Rafizi mahu Majlis Amanah Rakyat (MARA) segera membuat penjelasan mengenai tindakan yang telah diambil terhadap pegawainya yang disyaki terbabit dalam isu pembelian tanah di Australia.
Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Tue Oct 20 2015
!['Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi 'Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437021223_RAFIZI.jpg)
MOHD RAFIZI: Kerajaan perlu berlaku adil kepada peniaga dan rakyat. Jika Kerajaan dapat membayar balik GST tepat pada masanya, barulah adil rakyat membayar GST tepat pada masanya seperti yang diperuntukkan undang-undang.
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan sudah bayar RM48.06 bilion hutang 1MDB
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memberitahu, jumlah itu termasuk bayaran AS$3 bilion (RM14.2 bilion) yang dibuat pada Mac 2023 menerusi Belanjawan 2023.
![Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640582597_PTPTN.jpg)
Peluang bayar balik pinjaman PTPTN menerusi tawaran menarik insentif diskaun
Insentif pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN disambut baik apabila ramai mengambil pendekatan itu untuk melangsaikan baki tertunggak.
![Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81609846730_AirAsia.jpg)
Sarawak desak AirAsia bayar balik tiket penerbangan dibatalkan - Lee Kim Shin
JPBNS dan Kementerian Pengangkutan Sarawak memberi perhatian khusus kepada perancangan dan kekerapan penerbangan ke Sarawak dari Sabah, kerana mengambil kira keadaan semasa COVID-19 di negeri itu.
![Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41558459431_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Malaysia terima pelbagai cadangan bagi RTS - Loke
Loke berkata kerajaan menimbang untuk melibatkan sektor swasta dalam projek tersebut, yang menelan kos RM4 bilion dan akan ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
!['Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi 'Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437021223_RAFIZI.jpg)
'Rakyat, peniaga jadi mangsa lambat terima bayaran balik GST' - Rafizi
Naib Presiden PKR itu berkata beliau tidak boleh terima kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong semalam yang hanya 41 peratus bayaran balik dibuat mengikut undang-undang.
![Apple setuju pulangkan RM106.8juta kepada pelanggan Apple setuju pulangkan RM106.8juta kepada pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-03/71362877225_295x200.jpg)
Apple setuju pulangkan RM106.8juta kepada pelanggan
Syarikat pengeluar telefon pintar itu juga telah memperuntukan minimum 32.5juta dollar untuk dipulangkan kepada pengguna serta tiada had maksima.
![Idris jumpa NGO bincang isu PTPTN Rabu ini Idris jumpa NGO bincang isu PTPTN Rabu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/71377349826_295x200.jpg)
Idris jumpa NGO bincang isu PTPTN Rabu ini
Pertemuan bagi mendapatkan pendapat dan cadangan bagi memastikan peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mendapat keadilan dan tidak teraniaya.