KUALA LUMPUR:Dibayangi krisis kesihatan dan ekonomi hampir sepanjang tahun 2020, majoriti rakyat Malaysia bagaimanapun optimis tahun baharu 2021 ini akan memberikan harapan lebih baik.
Namun begitu, rata-rata rakyat di seluruh dunia, tahap kebimbangan tentang impak jangka masa panjang pandemik COVID-19 serta berhubung isu-isu pemanasan global dan ekonomi masih akan kekal.
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, 76 peratus (3 daripada 4) rakyat negara ini berpandangan 2020 merupakan tahun paling buruk buat mereka serta anggota keluarga.
Hasil tinjauan mendapati kini 82 peratus (8 daripada 10) rakyat optimis dengan tahun 2021, berbanding 77 peratus di kesemua 31 negara yang terlibat dalam tinjauan itu.
China merupakan negara paling positif tentang tahun baharu ini (94 peratus) manakala Jepun pula palig kurang optimis, dengan hanya 44 peratus yang berpandangan bahawa 2021 akan lebih baik.
Berhubung akses kepada vaksin, 75 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa vaksin yang berkesan dalam mencegah COVID-19 akan tersedia di negara ini.
Peratusan ini lebih tinggi berbanding di Singapura (68 peratus) dan Britain (58 peratus).
Walau bagaimanapun, hanya 61 peratus percaya ekonomi negara akan pulih sepenuhnya daripada impak pandemik COVID-19.
Daripada jumlah yang sama, 61 peratus juga berpandangan kehidupa akan kembali normal susulan pemulihan kesan-kesan buruk pandemik, berbanding angka yang lebih rendah di negara lain seperti Singapura (42 peratus), Jepun (26 peratus) dan Britain (23 peratus).
Pada masa sama, pandemik COVID-19 menimbulkan kebimbangan rakyat berhubung kewujudan virus baharu.
Ipsos menganggarkan 70 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa satu pandemik global akan muncul akibat virus baharu pada masa akan datang.
Angka tersebut antara yang paling tinggi di seluruh dunia, berbanding 47 peratus secara purata bagi kesemua negara ditinjau.
Syarikat penyelidikan pasaran global itu menjalankan tinjauan ke atas 23,007 golongan dewasa di 31 negara dari 23 Oktober sehingga 6 November 2020 yang lalu.
Nailah Huda
Tue Jan 05 2021
![Rakyat optimis 2021 lebih baik berbanding 2020 - Tinjauan Ipsos Rakyat optimis 2021 lebih baik berbanding 2020 - Tinjauan Ipsos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609821083_TBFaceMask.jpg)
Ipsos menganggarkan 70 peratus rakyat Malaysia percaya bahawa satu pandemik global akan muncul akibat virus baharu pada masa akan datang. - Gambar hiasan
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Tiga banduan terbunuh, ratusan lagi lari dari penjara di Uganda Tiga banduan terbunuh, ratusan lagi lari dari penjara di Uganda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71600396762_uganda.jpg)
Tiga banduan terbunuh, ratusan lagi lari dari penjara di Uganda
Sekurang kurangnya tiga banduan terbunuh manakala tujuh lagi berjaya ditahan dalam insiden cubaan ratusan banduan melarikan diri dari penjara di Uganda.