BUKAN mudah berada di luar negara ketika mana pandemik COVID-19 sedang melanda dunia khususnya di Amerika Syarikat (AS).
Pernah merasai seolah-olah “terkurung” kerana peningkatan kes yang mendadak di negara Uncle Sam itu.
Namun, segalanya mula beransur pulih dan berubah selepas negara yang pernah merekodkan ratusan ribu kes harian itu melaksanakan program vaksinasi.
Pengalaman itu dirasai sendiri oleh rakyat Malaysia, Dr Mohd Lutfi Fadil Lokman, 34 tahun, yang melanjutkan pelajaran dalam jurusan Doktorat Kesihatan Awam (DrPH) di Universiti Harvard sejak tiga tahun lalu.
BACA: Mengenali Pemimpin Muda PBB Dr Lutfi Fadil
Menurut Dr Mohd Lutfi yang juga pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan (KKM), keadaan di AS ketika ini mula kembali normal dengan rutin harian masyarakat berjalan seperti biasa.
Di lokasi beliau tinggal iaitu di Boston, lebih 70 peratus penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
"Kalau nak beza Januari lalu dengan sekarang memang sangat-sangat berbeza. Saya rasa sekarang ini kita hampir kepada (kehidupan) normal kerana pelitup muka dan penjarakan fizikal tidak lagi diwajibkan.
"Jadi, semua sudah bebas untuk keluar, makan di dalam restoran, dan pergi ke pusat beli-belah. Saya bersama keluarga memang rasa ia sudah hampir normal. Saya rasa itu lah kepentingan vaksin sebab walaupun hanya 70 peratus dapat satu suntikan, dan 50 peratus sudah mendapat dua dos, tetapi kita sudah boleh nampak kesan imuniti kelompok.
"Selain itu, kes juga menunjukkan penurunan dengan sangat banyak. Kalau pada Januari lalu di Massachusetts, lebih kurang 5,000 kes sehari dan saya tengok hari ini (Ahad) hanya 122 kes baharu direkodkan," katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi melalui Skype, pada Ahad.
BACA: Rakyat Malaysia di AS, Hong Kong dan Indonesia kongsi pengalaman berdepan COVID-19
Berkongsi lebih lanjut, bapa kepada tiga cahaya mata itu berkata beliau dan isterinya, Kamaliah Jalalonmuhali, 31, telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech masing-masing pada April dan Mei lalu.
Pemuda yang pernah disenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia pada 2017 itu menambah, kemudahan mendapatkan vaksin menjadi antara penyumbang kepada kelancaran program vaksinasi di negara itu.
AS kini berada pada fasa ketiga program vaksinasi, yang mana kira-kira 138 juta orang atau 42.1 peratus daripada populasi telah melangkapkan dua dos suntikan vaksin.
"Pada pendapat saya mungkin juga AS adalah negara pengeluar vaksin dan mempunyai bekalan vaksin yang banyak, maka proses pengagihannya memudahkan.
"Contohnya kebanyakan vaksin diberikan di farmasi-farmasi, di mana farmasi dekat pusat beli-belah pun boleh dapatkan vaksin COVID-19. Misalnya, isteri saya mendapat vaksin selepas saya. Kami hanya mendaftar secara dalam talian pada sebelah pagi, dan tengah hari sudah tahu farmasi mana boleh pergi untuk suntikan vaksin.
"Selain daripada farmasi, ada juga daripada kerajaan dan vaksin secara pandu lalu. Jadi, rakyat di sini ada banyak pilihan yang mudah untuk mereka dapatkan," kata Dr Mohd Lutfi yang menjadi rakyat Malaysia pertama ditawarkan belajar di Universiti Harvard dalam DrPH.
Mengulas mengenai pemberian vaksin kepada golongan warga emas pula, Dr Mohd Lutfi berkata kebanyakan penduduk di Boston menyedari kepentingan untuk mendapatkan vaksinasi.
Mengikut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, Massachusetts menduduki tangga ketiga dari segi peratusan mereka yang divaksinasi berdasarkan jumlah populasi.
Sementara, negeri Vermont dan Maine berada di tangga pertama dan kedua dengan masing-masing 57.83 dan 55.82 peratus daripada jumlah populasi di kawasan berkenaan telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Sehubungan itu, Dr Mohd Lutfi menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak teragak-agak dan segera mendaftar untuk mendapatkan vaksin bagi memastikan negara dapat pulih seperti sediakala.
"Jadi kalau kita nak mencapai tahap itu (kembali normal), memang kena patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan juga ambil vaksin.
"Kita semua ingin kembali kepada normal tetapi selagi kita tidak patuhi SOP dan tidak mengambil vaksin, memang makin lama lah kita akan dapat merasai kehidupan yang normal," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Mon Jun 07 2021
Dr Mohd Lutfi pernah melakar sejarah apabila terpilih menjadi antara 17 Pemimpin Muda untuk Matlamat Pembangunan Mampan 2016 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Foto BERNAMA
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Data kes terkini COVID-19 dan Vaksin COVID-19 di Malaysia yang dilaporkan setiap hari oleh KKM. Ini termasuklah jumlah kes mengikut negeri, kes kematian, dan peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi
Dua vaksin Malaysia berada pada tahap bukti konsep - Dr Adham
MOSTI ketika ini dalam proses melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin.
Tingkatkan penglibatan swasta untuk percepat program vaksinasi rakyat - MMA
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa agar kerajaan memaksimumkan akses pengagihan vaksin dengan lebih meluas kepada rakyat negara ini menerusi penglibatan doktor swasta.
'Task force' Kementerian Kesihatan kaji cadangan wajib vaksin
Pasukan itu diketuai Bahagian Kawalan Penyakit dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan.