Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu semua pihak memberi sokongan penuh kepada barangan keluaran industri tempatan selaras dengan usaha Malaysia menjadi sebuah negara industri.
Malah, katanya, usaha itu disifatkan sebagai penting selain sokongan daripada pelaburan dalam dan luar negara.
"Kita mempunyai dasar untuk memperluaskan bidang industri dalam negara kita. Untuk ini, kita bukan sahaja mahu pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri mengeluarkan barangan tempatan, tetapi juga kita perlu sokongan kepada rakyat.
"Rakyat di negara kita mesti sokong industri tempatan, jika mahu lihat negara kita menjadi sebuah negara industri," katanya semasa berucap melancarkan produk silinder gas petroleum cecair (LPG), ACGAS yang diusahakan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di ibu negara pada Isnin.
Katanya, Malaysia menyedari kepentingan menjadi sebuah negara industri yang banyak memberi keuntungan kepada rakyat.
"Kita sedar bahawa negara industri mempunyai lebih banyak pulangan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, juga apabila sesuatu itu dicipta di Malaysia, maka wang kita tidak akan mengalir keluar negeri, sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada negara kita," ujarnya lagi.
Malah katanya, kerajaan menggalakkan lebih banyak industri tempatan dan akan memberi sokongan kepada sektor pembuatan selagi mampu.
Mengulas mengenai ACGAS, beliau berkata, projek itu berjaya menggunakan bahan komposit yang dapat mengurangkan kegunaan logam dan besi.
Justeru, beliau menyokong usaha dilakukan ACG kerana mampu menghasilkan produk keluaran tempatan.
"Saya ucap tahniah kepada ACG yang telah berjaya mengadakan industri dengan rakan negara lain. Inilah cara kita di Malaysia yang mengeluarkan barangan tempatan. Kalau buat begini, industri berkembang dan banyak industri lain boleh diperkenalkan.
Kerajaan katanya boleh membantu, namun beliau mahu setiap syarikat tempatan meningkatkan usaha sehingga mampu berdiri sendiri.
"Ini kerana kebolehan kerajaan adalah terhad sebab sudah banyak industri memerlukan bantuan kerajaan. Namun, saya harap industri tempatan akan mencapai kejayaan dan diterima baik rakyat dan membendung pengaliran wang ke luar negara," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Mon Jan 14 2019
Dr Mahathir melancarkan produk silinder gas petroleum cecair ACGAS yang diusahakan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di ibu negara pada Isnin. -ASTRIO AWANI/SHAHIR OMAR
JKKP siasat insiden juruteknik jatuh ketinggian 40 meter di Langkawi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) telah menjalankan siasatan berhubung insiden juruteknik terjatuh dari besi penahan platform kaca pada ketinggian 40 meter di lereng Gunung Machinchang,
Jangan tolak ansur rasuah, salah guna kuasa - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan akan mengambil sikap tegas terhadap individu yang mengaut kekayaan negara tanpa rasa tanggungjawab, sama ada pada masa lalu mahupun kini.
Pesara rugi RM108,000 terjerat pelaburan saham tidak wujud
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata tertarik dengan tawaran pulangan tinggi dijanjikan dalam tempoh singkat, mangsa menekan pautan di iklan itu untuk berhubung dengan suspek.
Pakar onkologi di Malaysia dijangka meningkat menjelang 2040
Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sasaran itu mampu dicapai dengan penyertaan Malaysia dalam Fellowship of the Royal College of Radiologists (FRCR) dalam klinikal onkologi.
Basmi kemiskinan: Kerajaan MADANI pastikan bantuan sampai kepada golongan sasar - PM
Dasar Kerajaan MADANI yang menumpukan perhatian kepada isu tatakelola bertujuan memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini sampai kepada sasaran, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr
Kerajaan MADANI pulih keyakinan pelabur melalui usaha basmi rasuah - PM Anwar
Anwar berkata pelabur domestik dan asing mengiktiraf komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah, walaupun terdapat pengkritik yang menganggapnya terlalu berlebihan.
Bank Dunia salur bantuan kecemasan kepada pelarian Lubnan
Bank Dunia akan menyalurkan semula dana yang pada asalnya diperuntukkan untuk program pembangunan di Lubnan kepada bantuan kecemasan bagi pelarian yang terkesan akibat pengeboman Israel.
Israel rancang lagi serang hendap di selatan Lubnan
Tentera Israel memberi bayangan akan melancarkan serang hendap di darat selepas mengeluarkan arahan pemindahan baharu di selatan Lubnan dan mengarahkan penduduk di 20 bandar selatan negara itu untuk berpindah serta-merta.
Banjir Perak: 121 mangsa masih berlindung di tiga PPS
Seramai 121 orang mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak susulan hujan lebat berterusan pada petang Jumaat.
Belanjawan 2025 akan beri tumpuan kepada inflasi, naikkan gaji - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini.
Rakyat Malaysia perlu sokong industri tempatan - Dr Mahathir
Kerajaan menggalakkan lebih banyak industri tempatan dan akan memberi sokongan kepada sektor pembuatan selagi mampu.